JellyPages.com

Saturday, March 09, 2013

APPLE CIDER...??? apa tu???

Assalamualaikum....

Berjumpa lagi kita hari ni..Sebelum aku nak cerita, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang yang telah follow aku...And aku jugak nak ucapkan terima kasih jugak kepada sesiapa sahaja di luar sana yang sudi membaca artikel-artikel yang menarik...(menarik ker...hehehhe...saja) di dalam blog aku yang x seberapa ni.... aku hanya menaip bila aku ada benda yang nak dikongsi sahaja. Kalau otak tepu tak tahu nak tulis....Tak menulis lah jawabnya...hehehe... Kalau korang tengok blog aku, insyaallah, kalau ada free time aku akan singgah plak blog korang....alamak panjang sangat aku berceloteh...n3nya tak siap-siap lagi...Baiklah kita straight to the point.

Korang tahu apa bendanya yang namanya CUKA EPAL atau dalam bahasa inggeris, APPLE CIDER???

Tak tau...Baiklah aku kongsikan... tentang epal cider. tapi bukan epal saje...epal kurma jugak sangat baik khasiatnya.... KHASIAT CUKA

Cuka epal (Apple Cider Vinegar, mat salleh panggil, atau nak lagi moden ACV) memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi.(aku tahu sebab mama aku kasitahu...Sekarang aku pakai) Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang2 Greek dan Mesir.

  Ia diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi. bahan yang berasaskan semulajadi...Uniknya ciptaan ALLAH S.W.T.

Aku mula minum cuka epal ni bila mama aku cari kat internet...Tiba2 jumpa plak artikel tentang cuka epal ni.... Pastu mama aku baca and malam tu mama aku tanya kat papa aku kat mana boleh dapat lagi stok cuka epal ni..Sebab aku punya cuka epal tu dah abis.... So, papa aku pun ckp dekat- dekat sekitar Warta Bangi.... cari punya cari kedai tu, last-last jumpa jugak...

Macam-macam ada kat situ..cuka kurma ada,cuka epal ada, habatussawda ada...Pokoknya semua adalah..(Alamak tercakap bahasa indonesia plak...hehehe) Bila aku minum secara istiqamah,selama beberapa hari, beberapa minggu, nampak hasilnya...Alhamdulillah

Ok...sekarang ni aku akan tulis apakah khasiat CUKA EPAL :-

  • Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan. 
  • Meningkatkan kadar metabolisma badan menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan memberikan anda lebih tenaga dan menurunkan berat badan.
  • Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi, jangkitan sinus (resdung), selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan disebab oleh lemak.
  • Melegakan saluran pernafasan.
  • Membunuh bakteria jahat di dalam usus dan memelihara kesihatan usus.
  • Melegakan kulit bermasalah seperti eczema (disapu terus pada kawasan yg dijangkiti)
  • Meng'alkali'kan tubuh (Lebih asid = tubuh lemah, kuat mengantuk, letih, sengal badan. Lebih alkali = cergas dan lebih bertenaga). 
  • Jika diambil sebelum makan, akan lebih cepat berasa kenyang. Juga melambatkan rasa lapar

Jadi kepada sesiapa yang ingin menurunkan berat badan...X yahlah ambik ubat kuruskan badan.Lebih banyak mudarat daripada kebaikannya....

Ada satu lagi..cuka epal ni jugak bleh merawat atau membersihkan wajah kita daripada jerawat..Aku pun dulu ada banyak jerawat...Tapi alhamdulillah, dengan pertolongan daripada ALLAH S.W.T. yang telah menciptakan pelbagai penawar untuk kita...Berkurang jugak aku punya jerawat ni...

Keracunan makanan
Kadar Pectin yang tinggi di dalam Apple cider mampu melegakan dinding usus yang terengsa akibat keracunan makanan (muntah2 dan cirit-birit). Caranya, ambil 1 sudu Apple cider dilute dalam air suam dan minum 3-4 kali sehari sehingga simptom berkurangan dan lega.

Demam, Selsema dan Sakit Tekak
1 sudu Apple cider dilute dalam air suam dan di minum 3-4 kali sehari (macam makan ubat doctor jugak.. bezanya cara ni sangat natural dan tak buatkan kita mengantuk). Untuk demam, especially bayi dan kanak2, campurkan setengah cawan ACV dalam segayung air suam dan sponge kan pada kepala dan seluruh badan. InsyaAllah dapat turunkan suhu panas tu..

Jerawat
Oh.. tetiba jerawat setompok tumbuh bila bangun pagi (especially to women time period tu kengkadang 2-3 bonjol jerawat naik kan?).. Caranya, cepat2 sapu Apple Cider ni, memang akan cepat kecut..

Oklah...Cukup setakat ni sahajer aku tuliskan tentang cuka epal ni...Nnt kita share lagi tips2 yg lain plak yer....

Banner1

No comments:

Post a Comment