JellyPages.com

Friday, July 26, 2013

Nuzul Al-Quran 1434H

Assalam.....

Dah lama benar tak buat entri.... bz sangat...
Hari ni  dah 17 Ramadhan..... Nuzul Al-Quran... Kalian cuti tak? Sklh aku tak cuti pun.... tp okaylah tu...cuti ke tak semua tu tak penting, yang penting bagaimana kita memperingati Nuzul Al-Quran itu.... Kawan2 tahu apa tu Nuzul Al-Quran?
Nuzul al-Quran suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai 'kitab induk' panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Bukan setakat membaca, bahkan kita harus berusaha menyelidiki rahsia ilmu pengetahuan di dalamnya.

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah Nabi SAW, ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq. maksudnya: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-'Alaq:1-5)

Nabi SAW banyak membaca al-Quran dalam bulan Ramadan. Maknanya Nabi juga belajar secara berguru iaitu dengan Jibril dan umatnya juga dituntut belajar dengan berguru. Nabi Muhammad juga mengulang-ulangi bacaan al-Quran begitu juga dengan para sahabat. Nabi bersabda maksudnya: "Semulia-mulia umatku ialah orang yang menghafaz al-Quran."

Antara faedah membaca al-Quran adalah;
1. Mampu mengusir bisikan syaitan terkutuk;
2. Menjadi penyebab meraih keredaan Allah SWT;
3. Memperoleh pahala yang banyak;
4. Membahagiakan rakan seperjuangan;
5. Menghapus kesalahan dan dosa;
6. Menjadikan wajah (pembaca al-Quran) berseri-seri;
7. Melapangkan hati dan fikiran, menjernihkan sanubari;
8. Melahirkan ketenteraman dalaman antara seorang hamba dengan Allah SWT;
9. Memelihara umur manusia;
10. Merangsang seorang hamba untuk terus melakukan kebaikan dalam hidup yang sementara;
11. Mengembali, menjernihkan hati kepada Allah untuk meningkatkan kualiti hubungan dengan-Nya.

So kawan2.... bacalah AL-Quran walau di mana sekali kita berada. Sekarang dah senang, banyak Al-Quran yg kecil2, boleh disimpan di dalam beg...baca di mana sahaja...tiada alasan lagi!

No comments:

Post a Comment