JellyPages.com

Friday, December 06, 2013

Aktiviti Cuti ku

Assalamualaikum....

Hye sahabat semua.... pe khabar? Korang dah lunch ke lum? Aku hari ni simple aje lunch meal aku.... bubur nasi daging.... emmmm simple tapi sedap!!! of coz mama yang masak semuanya sedap.... bak kata mama kalau mama goreng seliper dengan tepung pun, kamu semua cakap sedap..... hehehehhe.... ermmm memanglah mama masak mesti sedap...... masakan yang dimasak dengan kasih sayang.... tiada yang sedap melainkan masakan mama.... korang pun mesti rasa macam tu jugak kan????


Oh ya aku nk update pasal aktiviti cuti sklh ku minggu lepas.... aku pegi jalan2 di Melaka... itu pun sebab ada kenduri kat umah sepupu aku... so ambil kesempatan lawat2 beberapa tempat.... aku and family g Taman Rekreasi Sungai Udang.... kat sana tempat orang jungle trekking, jogging boleh lah.... aku hanya jalan2 aje itu pun separuh jalan aje....x explore abis sbb ujan dah turun..... 



Next kami pergi Muzium Hang Tuah... baru dibuka dan ianya merupakan muzium interaktif di mana kita boleh explore dengan menggunakan komputer yg disediakan di sana... interesting... banyak info menarik tentang Hang Tuah di sana. Rumah Hang Tuah  dan 4 kawannya yg lain pun ada... tp yg popular dan banyak yg masuk (menurut pemerhatiankulah yer) rumah Hang Jebat paling ramai yg masuk... tambahan pula ada pameran keris di sana.... aku pun apa lagi sempatlah berposing pendekar di sana... Rekabentuk rumah Hang Jebat memang cantik... rumah Hang Tuah biasa aje... hehehhee.... rumah Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi pun ada. Korang pegi lah sana... macam2 info korang boleh dapat....
Ni dekat Muzium Hang Tuah..

Ni plak, rumah Hang Jebat.. Cantik tak??


Kat umah Hang Kasturi.. Bersilat aku dekat belakang.. Hehe..

Kat muzium .. Bergambar dengan adik...

Kat muzium jugak..

Hah.. Ni dekat umah Hang Jebat! Sempat lagi aku posing silat..

Dalam muzium ada hutan.. Terbaik.

Pas tu kami pergi ke Menara Taming Sari, ketinggian setinggi 80 meter. Memang menarik tapi kami bercadang nak naik waktu petang tapi rancangan tak menjadi kami sampai di sana dalam pukul 8:00 mlm, just dapat tgk kerlipan lampu2... tp bagi yg memang suka melihat kerlipan lampu memang patut g malam lah yer... next time aku nak g sana sebelah siang plak... mmg seronok... Cadangan asal ingat nak naik Cruise Sungai Melaka... tp masa tak mengizinkan, tak mengapa Melaka tunggukan kehadiran kami lagi.....
Tiket untuk masuk ke Menara Taming Sari..

Dalam Menara tu.. Memang best...








Oklah Sampai sini dulu aku menulis... Jumpa lagi!! Bye!!!!!

Tuesday, December 03, 2013

Cara Berpakaian Dalam Islam.

Assalamualaikum...

Hari ini aku nak post entri berkenaan pakaian... Kebanyakan umat manusia di atas bumi ini kadang-kadang boleh juga berfikir dua tiga kali untuk memakai baju yang menutup aurat atau memakai pakaian yang sebaliknya?? Perlukah kita berfikir berkali-kali untuk sesuatu perkara yang sangat mudah?

                  VS
Mana satu korang pilih? Yang atas atau yang dibawah? Untuk memilih cara pemakaian yang betul pun tak perlulah sampai pecah kepala korang untuk memikirkannya. Setiap manusia ALLAH S.W.T telah berikan akal yang waras dan cerdas. Apa gunanya akal itu? Untuk bermain bola jaring? Atau untuk diberi kepada haiwan-haiwan yang sememangnya tidak mempunyai otak? 

Pastinya, korang semua tahu apa gunanya akal itukan? Ya, untuk berfikir... Memikirkan perkara yang memberi kesan yang positif kepada kita. Jadi fikirkan perkara yang baik. Yang boleh dijadikan amalan yang baik sebagai bekalan sebelum kita melangkah ke dunia yang kekal... DUNIA AKHIRAT!!

Jadi.. Untuk memilih pakaian yang menutup aurat, yang disukai ALLAH, yang disenangi masyarakat... Mudah sahaja.. Petik sahaja jari, sudah jumpa.. Tapi kepada sesiapa yang memerlukan panduan, tidak mengapa.... Setiap manusia pasti ada yang khilaf. Begitu juga aku... Walaupun umur aku setahun jagung.. Aku sebagai manusia yang lemah, perlulah memperbaiki diri dari segala yang jahil dan batil. Baiklah, jangan mengarut lagi.. Kita straight to the point... 


Nah.. Korang semua boleh lihat kan?? Betapa mudahnya memakai baju yang dituntut dalam Islam.. Tak perlulah korang nak pergi butik mahal-mahal.. Tempah sana-sini... Pembaziran wang berlaku... Hanya semata-mata nak buat baju muslimah.. Tak perlulah.. Yang penting, baju itu tidak mengikut bentuk tubuh dan longgar, tudung labuh hingga melepasi dada, dan juga perkara-perkara lain yang harus ditutup.. ZDah siap.. tak perlu fancy sangat.. Bukannya ke mana-mana pun.. Setakat pergi ke pasar ke, ke mana-mana yang dekat ke.. Tak sesuai.. Lagipun mengundang banyak mata-mata yang memerhati tidak kurang dengan mulut-mulut becok yang sibuk jaga tepi kain orang.. Sesiapa yang melihat,mengata juga yang memakainya, sama-samalah korang dapat dosa... Astaghfirullahalazim!!!!





Lihat.. Kemudian bandingkan.. Mana satu korang nak? Korang nak maruah, akhlak korang terjaga atau... Nak maruah,akhlak korang digadaikan begitu saja??? Fikirlah sebelum terlewat.. Kalian mampu mengubahnya... Jika pintu hati sudah disinari dengan NUR ALLAH... Janganlah dipersiakan peluang yang ada...Tut tut... Beringatlah sebelum terkena.. Aku hanya sekadar mengingatkan... 











Cubalah bayangkan, suatu hari korang pakai pakaian yang tidak menurut Islam...... Tiba2...




CuacaPartly Cloudy semacam jer... Ok, fine.. Korang tak kisah.. Tiba-tiba, Thunder sabung-menyabung...  Wah, dah nak hujan... Korang dah sedia dengan Umbrella korang.. Teruskan perjalanan.. Dan akhirnya, Thunderstorms jugak.. Tapi, korang still dapat menempuh jugak hujan itu kan? Dan tiba-tiba..Windy 1 kuat sangat... Payung korang dah terbang.. Ribut makin menjadi-jadi... Windy...

Dibuatnya korang diterbangkan dek angin kencang tu ker?? kalau terjunam kena dekat tempat yang selamat.. Alhamdulillah.. Tapi.. Kalau dibuatnya meninggal dunia....sebab terkena benda-benda tajam ke.. apa-apa ke.. Tak ke naya??

Dahlah pakai pakaian macam itu.. Korang meninggal sebelum dapat bertaubat.. A'uzubillahi min zalik... Tak tahulah macam mana.. Berhadapan dengan ALLAH dengan penuh keaiban.. Nak kata aku ni sempurna, taklah.. Tapi sebagai Saudara sesama Islam, tak salah aku mengingatkan saudara seagama dengan aku...  Semua keputusan terserah kepada korang sendiri.. Orang lain tak boleh masuk campur.. Korang dah ada akal.. Pikir-pikirlah sendiri..
Jadi.. Akhir kata...
 
Aku sudahi penulisan aku dengan
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Crickets