JellyPages.com

Tuesday, December 03, 2013

Cara Berpakaian Dalam Islam.

Assalamualaikum...

Hari ini aku nak post entri berkenaan pakaian... Kebanyakan umat manusia di atas bumi ini kadang-kadang boleh juga berfikir dua tiga kali untuk memakai baju yang menutup aurat atau memakai pakaian yang sebaliknya?? Perlukah kita berfikir berkali-kali untuk sesuatu perkara yang sangat mudah?

                  VS
Mana satu korang pilih? Yang atas atau yang dibawah? Untuk memilih cara pemakaian yang betul pun tak perlulah sampai pecah kepala korang untuk memikirkannya. Setiap manusia ALLAH S.W.T telah berikan akal yang waras dan cerdas. Apa gunanya akal itu? Untuk bermain bola jaring? Atau untuk diberi kepada haiwan-haiwan yang sememangnya tidak mempunyai otak? 

Pastinya, korang semua tahu apa gunanya akal itukan? Ya, untuk berfikir... Memikirkan perkara yang memberi kesan yang positif kepada kita. Jadi fikirkan perkara yang baik. Yang boleh dijadikan amalan yang baik sebagai bekalan sebelum kita melangkah ke dunia yang kekal... DUNIA AKHIRAT!!

Jadi.. Untuk memilih pakaian yang menutup aurat, yang disukai ALLAH, yang disenangi masyarakat... Mudah sahaja.. Petik sahaja jari, sudah jumpa.. Tapi kepada sesiapa yang memerlukan panduan, tidak mengapa.... Setiap manusia pasti ada yang khilaf. Begitu juga aku... Walaupun umur aku setahun jagung.. Aku sebagai manusia yang lemah, perlulah memperbaiki diri dari segala yang jahil dan batil. Baiklah, jangan mengarut lagi.. Kita straight to the point... 


Nah.. Korang semua boleh lihat kan?? Betapa mudahnya memakai baju yang dituntut dalam Islam.. Tak perlulah korang nak pergi butik mahal-mahal.. Tempah sana-sini... Pembaziran wang berlaku... Hanya semata-mata nak buat baju muslimah.. Tak perlulah.. Yang penting, baju itu tidak mengikut bentuk tubuh dan longgar, tudung labuh hingga melepasi dada, dan juga perkara-perkara lain yang harus ditutup.. ZDah siap.. tak perlu fancy sangat.. Bukannya ke mana-mana pun.. Setakat pergi ke pasar ke, ke mana-mana yang dekat ke.. Tak sesuai.. Lagipun mengundang banyak mata-mata yang memerhati tidak kurang dengan mulut-mulut becok yang sibuk jaga tepi kain orang.. Sesiapa yang melihat,mengata juga yang memakainya, sama-samalah korang dapat dosa... Astaghfirullahalazim!!!!





Lihat.. Kemudian bandingkan.. Mana satu korang nak? Korang nak maruah, akhlak korang terjaga atau... Nak maruah,akhlak korang digadaikan begitu saja??? Fikirlah sebelum terlewat.. Kalian mampu mengubahnya... Jika pintu hati sudah disinari dengan NUR ALLAH... Janganlah dipersiakan peluang yang ada...Tut tut... Beringatlah sebelum terkena.. Aku hanya sekadar mengingatkan... 











Cubalah bayangkan, suatu hari korang pakai pakaian yang tidak menurut Islam...... Tiba2...




CuacaPartly Cloudy semacam jer... Ok, fine.. Korang tak kisah.. Tiba-tiba, Thunder sabung-menyabung...  Wah, dah nak hujan... Korang dah sedia dengan Umbrella korang.. Teruskan perjalanan.. Dan akhirnya, Thunderstorms jugak.. Tapi, korang still dapat menempuh jugak hujan itu kan? Dan tiba-tiba..Windy 1 kuat sangat... Payung korang dah terbang.. Ribut makin menjadi-jadi... Windy...

Dibuatnya korang diterbangkan dek angin kencang tu ker?? kalau terjunam kena dekat tempat yang selamat.. Alhamdulillah.. Tapi.. Kalau dibuatnya meninggal dunia....sebab terkena benda-benda tajam ke.. apa-apa ke.. Tak ke naya??

Dahlah pakai pakaian macam itu.. Korang meninggal sebelum dapat bertaubat.. A'uzubillahi min zalik... Tak tahulah macam mana.. Berhadapan dengan ALLAH dengan penuh keaiban.. Nak kata aku ni sempurna, taklah.. Tapi sebagai Saudara sesama Islam, tak salah aku mengingatkan saudara seagama dengan aku...  Semua keputusan terserah kepada korang sendiri.. Orang lain tak boleh masuk campur.. Korang dah ada akal.. Pikir-pikirlah sendiri..
Jadi.. Akhir kata...
 
Aku sudahi penulisan aku dengan
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Crickets

No comments:

Post a Comment