JellyPages.com

Sunday, August 28, 2016

Hijab atau Tidak Berhijab???

Assalamualaikum...

Berjumpa lagi kita... HELLO Hey...  Sekarang saya nak cerita pasal BERHIJAB atau bahasa yang biasa kita pakai BERTUDUNG...


*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


Apa bezanya orang pakai tudung =           VS

Orang yang tak pakai tudung =
                                                                                          



Full of questions Full of questions Full of questions Full of questions Full of questions

Baiklah... Mari sama-sama kita meneliti apakah bezanya... 

Orang bertudung ni, kebanyakannya hanya mengikut trend terkini.. Saya tak nafikan orang yang pakai tudung ni tidak semuanya baik. Ya, benar.. Tapi orang yang tidak memakai tudung itu lebih-lebih jahat khususnya yang beragama Islam kerana telah melanggar APA YANG DIPERKATAKAN ALLAH... Orang yang memakai tudung ini telah melaksanakan apa yang disuruh ALLAH jadi ada perbezaan satu tangga.. Walau tak banyak tetap berbeza di mata Allah.

Pusinglah mana pun awak kata awak ada hak asasi manusia untuk buat apa sahaja yang awak nak tapi Alah takkan beri hak asasi manusia pada awak hatta talian hayat di Akhirat sana nanti..

Sebelum tu, Jom.... Kita interview dulu.. OK??

SOALAN : Kenapa perempuan kena pakai tudung?



 

JAWAPAN :
  • Sebab I ikut trend terkini.. Lagipun, I ni dah bergelar ibu, so, I kenalah jaga ketrampilan I.. 
  • And I nak suami I tu tak ada perempuan lain.. Means, C*****... Fahamkan?
  • Lagipun, Suami I tu nak sangat I pakai tudung.. Kalau tidak, I tak nak pun..
Hah.. Kalah Mak Jemah kau!! Hehehe...  Itu jawapannya.. Tapi, tak semua begini... Yang tertentu dan seangkatan dengannya sahaja.. hehehe.. Siapa yang makan , dialah yang terasa pedasnya betul tak? ha ha ha ha... Crying with laughter..

Okay, yang kedua, Remaja zaman sekarang... Mari kita tengok apa pula jawapan mereka..


SOALAN : Kenapa kita perempuan kena pakai tudung?





JAWAPAN :

  • Sebab mak saya suruh pakai tudung. kalau tidak kena marah.
  • Untuk elak orang aniaya kita.
  • ikut kawan-kawan yang pakai tudung cantik.
  • Untuk nampak bergaya.

Dan macam-macam lagi... Tapi tidaklah semua remaja berfikiran sempit. Hanya sebilangan sahaja. Okay, kita teruskan..  

    Memang kelazimannya jawapan begitulah.. Tetapi sebenarnya wahai manusia-manusia yang bergelar WANITA sekalian, Memakai HIJAB atau KHIMAR atau TUDUNG ini sebenarnya adalah mengikut SYARIAT ISLAM DEMI KEBAIKAN DIRI KITA yang ALLAH dah tetapkan buat diri kita.

Hal ini bukan untuk mengekang wanita ya.. Ini salah ya anak-anak... pakai khimar ni hakikatnya meninggikan darjat anda semua... Hanya Wanita-wanita yang menyerupai binatang sahaja yang tidak akan pakai khimar... Eh, haiwan pun ada bulu,kulit dan sebagainya untuk tutup badan dia tau... mereka pun tahu malu.. habis kita? agak-agak serendah manalah darjat kita andai tak mampu menutup rambut kita yang sedikit ini...

Rambut ini mahkota, aset-aset kita ini mahkota kita... Jadi adakah perlu dipertontonkan pada awam mahkota yang sepatutnya hanya tatapan diri kita kerana takut 'kehilangan' mahkota berharga kita? Tak sayang barang berharga awak ke? 

Bukan nak marah... tetapi harap sedarlah.. memang kubur sendiri-sendiri.. hidup awak. tetapi jangan rosakkan mata,hati orang lain kerana awak tak nak tutup aurat.. Kalau kubur sendiri-sendiri.. awak meninggal nanti, mandikan diri awak, kafankan dan sebagainya awak buatlah sendiri ya...

Bagi insan-insan yang benar-benar ingin berubah... dialu-alukan.. mulalah dengan menjaga aurat awak.


"Sesuatu yang berharga bukanlah untuk ditunjuk-tunjuk pada manusia kerana takut harganya hilang kerana dicemari oleh manusia lain yang durjana."




Saya ni banyak juga kekurangannya.. Tetapi Allah beri izin pada saya untuk mengikut salah satu daripada arahannya iaitu menutup aurat. Bila nak buka terasa malu dan berdosa.. Semoga rasa ini berkekalan hinggalah saya dijemput Pencipta saya.



Wallahu'alam....

No comments:

Post a Comment