JellyPages.com

Monday, August 22, 2011

Gambar semulajadi...

Gambar2 yg menakjubkan...bila melihatnyer jiwa rasa damai aje.....


Indahnya setiap ciptaanMu...Ya Allah
Tiada yg dpt menandingi kekuasaanM
Tiada yg dpt mencipta sebaik ciptaanMu
Tiada yg dpt melukis seindah lukisan alamMu

Ya Allah.... terima kasih atas segalanya...

Ya Allah....
Andai nya angin berhenti bertiup
Ombak terlupa hendak mengalunkan buihnya
Mentari terlalai memancarkan sinarnya
Sang rembulan tidak kelihatan
Namun kekuasaanMu Ya Allah tidak akan terhenti
walau sedetik cuma
kerana Engkau tidak pernah lupa dan lalai.....





















Ilusi 3D


Crazy Paving:  Ilusi 3D yang mengagumkan....

Taking the plunge: The Montreal steps are real, but the water pouring down them is an illusion
Down the drain: The artist gets himself into the perfect position in this set-up in Brussels so it's hard to spot the hose and water are a drawing
Hold tight: The artist takes a spectator white water rafting, in Charleston, West Virginia
Flight of fancy: The butterfly looks ready to land, even casting a shadow, yet look how far away the crowd have to stand not to step on it
Fall guy: All the scaffolding and even the boards Julian Beever is kneeling on are drawn in challk in this photo from Vienna
Hang on: In 'Barrowford Mill' the boy clings to a real pole in the ground fusing the real world with the image
Something fishy: It all looks real until you notice the lines of the paving slabs. The girl, in Lisbon, IS real



Gunung berapi

Salam Ramadhan..diam tak diam dah 22 hari kita berpuasa tinggal beberapa hari lg kita akan meninggalkan bln Ramadhan ni... kejap lah plak...rindu mash belum lg terubat dh bakal pergi meninggalkan kita...ntah kan boleh bertemu di Ramadhan yg akn datang.....

Saje nak kongsi gambar letusan gunung berapi....


Gambar bibir gunung berapi yang sedang meletus ini menghasilkan foto menakjubkan yang nampak seperti hujan api


Petir menggelegar dan memecah langit seiring asap hitam mengebul keluar dari gunung berapi


Dari awan, nampak menyeruak gambar yang mirip angsa hitam, dan di baliknya badai petir berwarna keunguan


Gambar seseorang yang nampaknya mengarah ke kamera - atau ia semakin dekat ke gunung berapi?


 foto indah tepat di bibir gunung berapi


Survey gunung dari jarak dekat


Dengan langit malam sebagai latar belakangnya, dan lava yang menjalar turun dari gunung, membuat foto ini seolah berasal dari dunia yang lain


Indahnya Aurora Borealis di atas gunung berapi yang aktif mengeluarkan lava


Gunung berapi yang mengeluarkan lava berwarna oranye, menciptakan kontras yang indah dengan langit


Percikan lava


Wednesday, August 17, 2011

Imej Jalan Yang Cantik

Salam di malam hari....satu lg n3 sebelum aku tdo.... Saje aku cari gambar2 yg cantik2...boleh menyejukkan mata..... 

lovely roads....















Mama Papa, I Love both of U

Alhamdulillah...syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan mama dan papa....aku sayang mereka..... 

Mama... Papa
Kasihmu bak mentari yg sentiasa bersinar
Sayangmu umpama buih-buih ombak di lautan
Dirimu seperti lilin yg membakar diri
Sentiasa berusaha untuk anakmu ini
Agar menjadi insan berguna di dunia dan Akhirat

Mama..... Papa
Jasamu tetap dikenang
Kasihmu tetap di hati
Sayang mu selalu di ingatan
Hanya kamu yg kusayangi 
kerana kamu adalah mama dan papa ku.....

Credit untuk kak Shania...tq 4 sharing

Ibu  bapa  mana  yang  tidak  suka  dan  tidak  rasa  bahagia  jika anak sedia berkhidmat dan berbakti. Lebih-lebih lagi ibu bapa sudah lanjut usia dan perlu lebih perhatian dan jagaan. Berbakti kepada ibu bapa perlu pada sifa ringan tulang. Dengan ringan tlang kepada mereka, kita dapat jaga hati mereka dan dalam masa yang sama beroleh keberkatan dalam hidup. Lebih-lebih lagi bila ibu bapa sudah lanjut usia dan perlu lebih perhatian dan jagaan.
“Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah habuannya dan Allah akan memanjangkan (pula) umurnya.” 
(Hadis riwayat Abu Ya’la, at-Thabrani, as-Syaibani dan al-Hakim)

Raut wajah anak akan beri kesan kepada hati orang tua. Oleh itu cara mudah untuk gembirakan hati mereka  ialah  selalu  senyum,  bermanis  muka  dan  pandang mereka  dengan penuh kasih sayang. Memandang ibu bapa (dengan kasih sayang), menurut Nabi s.a.w., adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud)

Hati ibu bapa terhibur jika anak tahu hormati mereka dan hormati pandangan mereka. Kalaupun ada perkara  yang  anak  tidak  setuju,  dia  masih  tunjuk  rasa  hormat,  tidak membangkang. Nabi s.a.w. banyak  memberi  panduan  cara-cara hormat pada ibu bapa. Antaranya, baginda melarang seorang anak  berjalan mendahului ibu bapanya atau duduk sebelum ibu bapanya duduk. Baginda juga tekan-kan  perlunya  anak membiasakan  budaya  minta izin pada ibu bapa, seperti minta izin untuk masuk bilik mereka.

Rasulullah s.a.w. sewaktu dikunjungi ibu susuannya Halimah as-Saadiah, telah membentangkan kain ridaknya  untuk  diduduki oleh si ibu. Betapa bahagianya si ibu tua diperlakukan begitu. Layanan ‘VIP’ ini tentulah lebih layak diberi pada ibu bapa kandung, lebih-lebih lagi yang sudah lanjut usia. Kalau dia rasa  kurang  diraikan  atau  kurang  diberi perhatian, dia mudah tersinggung. Ini biasa berlaku bila ibu bapa tengok anaknya melebihkan isteri atau suaminya berbanding ibu bapa sendiri. Apalagi kalau ibu bapa tinggal serumah dengan anak dan menantu.

Meraikan  ibu  bapa  juga  merangkumi  meraikan  kenalan  atau  tetamu mereka. (Malah dalam Islam, selepas ibu bapa tiada pun, seorang anak masih dituntut meraikan kenalan baik arwah ibu bapanya.). Jauh di sudut hati, ibu bapa akan rasa bangga jika selalu diminta pandangan dan nasihat. Atau diminta restu  dan  doa  dalam apa-apa keputusan terutama melibatkan soal kahwin, kerjaya, sambung belajar dan  lain-lain  persoalan  besar dalam hidup anak. Tetapi jika anak minta restu, misalnya untuk kahwin, dengan cara mendesak, ini boleh sakiti hati mereka.

Kebanyakan  ibu bapa ada simpan hasrat terhadap anak – mahu anak berjaya dalam hidup, jadi anak soleh,  tahu kenang jasa. Memenuhi hasrat mereka adalah salah satu cara untuk gembirakan mereka. Jika anak tak ambil peduli hasrat dan harapan ibu bapa, hati mereka akan kecewa dan terguris.

Untuk  membalas  sepenuhnya  jasa  ibu bapa memang tak mungkin, tapi jika anak tahu kenang jasa, ibu bapa akan rasa bahagia. Misalnya jika sudah bekerja, disumbangkan sekian banyak daripada duit gaji  kepada  ibu  bapa.  Bila  sudah  berkeluarga  sendiri,  sumbangan ini tak pernah putus walaupun mungkin  berkurang  sedikit.  Bila  ada  duit lebih pula, tak lupa dikirim pada ibu bapa. Ibu bapa sakit, cepat-cepat  dia  balik jenguk  dan  usahakan  rawatan  yang patut. Kalau perlu, dijaganya di hospital atau diminta isterinya tolong jagakan. Dibawanya ibu bapa pergi haji atau umrah jika mampu.

Jika  sudah  tidak tinggal bersama ibu bapa, seorang anak perlu selalu berhubung dan jenguk mereka. Tak  cukup  hanya  kirim duit tiap-tiap bulan atau kirim kad raya ‘pengganti diri’, terutama jika mereka sudah  lanjut  usia, selalu sakit-sakit atau nyanyuk. Adakalanya bagi si ibu tua, cukuplah kalau dapat rasai  belaian  tangan  anak  yang pernah dikandungnya. Atau kalau anak mahu duduk dengar luahan hati, omelan atau ceritanya. Banyak kes hati ibu bapa yang retak sebab tidak begitu diindahkan anak, sakit peningnya tak diambil peduli atau anak sudah jemu dengar omelannya.

Anak boleh panjangkan jariah untuk ibu bapa; misalnya bersedekah dengan niatkan pahalanya untuk mereka.  Ini  tidak semestinya dibuat sewaktu ibu bapa sudah meninggal. Ketika mereka masih ada, mereka tentunya akan terhibur jika tahu yang si anak telah buatkan jariah untuk mereka.

Ibu  bapa  juga mengharap ada anak yang sudi doakan mereka. Kalau memang ada, mereka tentu rasa bahagia dan bangga. Tapi kalau mereka rasa si anak tak pernah doakan mereka, mereka akan pendam rasa.  Cukuplah  kalau  seorang  anak itu merasakan dia banyak ‘berhutang’ dengan ibu bapanya untuk membuatkan  dia rasa  sangat terhutang budi dan rasa patut membalas jasa serta menjaga hati mereka dengan apa jua cara yang dikira wajar. 

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Anak itu belum dapat lagi membalas (jasa) orang tuanya sehinggalah dia mendapatinya sebagai hamba, lalu dibelinya dan dimerdekakannya.” 
(Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap  anak-anaknya  walaupun  sesaat,  kadang-kala  ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulutnya dan  melelapkan  matanya  kerana  teringatkan anak-anaknya ini dan ada ketikanya air mata berlinangan mengalir membasahi dipipinya kerana mengenang dan merindui akan anak-anak. Mimbar mengingatkan, bilakah  kali  terakhir kita bertemu dengan mereka, menatap wajah dan mencium tangan mereka?. Cukup-kah dengan  sekadar  kita  mengirim  duit sebagai penganti diri bagi membayar setitis air mata ibu akibat rindu  kepulangan  si anak?.  Ambillah  kesempatan  yang  ada semasa hidup sebelum mereka pergi buat selama-lamanya. 

p/s Kedua ibu bapa merupakan jambatan bagi anak-anak untuk ke syurga.

Ilustrasi kelakar yang luar biasa

Salam Ramadhan al-Mubarak....Alhamdulillah segala puji hanyalah untuk Allah SWT....terima kasih Allah atas nikmat rezekimu aku berbuka hari ini.....Haaaaa....malam ni nk buat n3 pasal illustrasi yg luar biasa tapi kelakar.......


Pelukis Malaysia Chow Lam telah membuat beberapa ilustrasi yang sangat luar biasa  dan melucukan. Beliau berpendapat bahawa apa jua objek boleh bercerita tanpa berkata-kata.

cow


http://www.thisblogrules.com/wp-content/uploads/2010/03/super-mario.jpg

http://www.thisblogrules.com/wp-content/uploads/2010/03/fishfish.jpg

http://www.thisblogrules.com/wp-content/uploads/2010/03/fishing.jpg

http://www.thisblogrules.com/wp-content/uploads/2010/03/speed-flash.jpg

http://www.thisblogrules.com/wp-content/uploads/2010/03/shadow.jpg



Monday, August 15, 2011

Badminton oh Badminton...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, dgn izinNya kita dah berada di 15 Ramadhan...alhamdulillah setakat ini aku berpuasa tak da ponteng....hahahaha.....

Oh ya nk citer pasal Badminton oh badminton....aku ni suker main badminton...ada masa lapang aku sure main badminton dgn mama, papa, along...kami satu family mmg suker badminton...Pemain no. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei kalah ketika betemu pemain China Lin Dan ke pusingan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia di Arena Tertutup Wemley di London malam tadi. Mmg dukacita bebenoooooo knpe lah Datuk Lee Chong Wei kalah...sedih jgk ...huhuhu...tp kalah pun kalah dgn machonyer....hehehehe....
Nmpknyer kempunanlah Datuk Lee Chong Wei, selepas lima percubaan berakhir dgn kekecewaan, impian Chong Wei memenangi kejuaran buat julung kali da menjadi pemain pertama negara menjulang gelaran juara dunia sejak diperkenalkan di Malmo pada 1977, akhirnya....huhuhu.... 

So, next game Chong Wei terpaksa menunggu dua tahun lg sekiranya mahu memenanginya kerna kejohanan tahunan itu tidak dilangsungkan tahun depan sbb berikutan penganjuran Sukan Olimpik 2012, apatah lg faktor usianya yg kini dh pun 29 tahun..... Boleh ke Dauk? Tak pe yg penting usaha.... mintak2 sihat aje ler....so dpt main lg dgn bertenaga...byk pengalaman.

Tahun ni arena sukan tanah air kita mmg membanggakan walapun kita tewas...mcm bolasepak tu ari...kalah dgn SINGApore...tp tak pe cuba lagi ..... tu dh tanda-tanda nk masuk piala dunia tu....eh citer bola sepak ler plak........ badminton..badminton.....badminton.....


Ni keputusan yg Cong Wei dh kalahkan.....hahahahhaha



SAENSOMBOONSUK Tanongsak(Thailand) 21-15 21-17
LANG Ville(Finland) 21-10 21-11
PARK Sung Hwan(Korea) 21-10 21-5
CORDON Kevin(Guatemala) 21-7 21-13
CHEN Jin(china) 21-13 21-9




Keputusan penuh : Lin Dan (China) Juara Badminton Dunia 2011 dengan kemenangan 20-22 , 21-14 , 23-21.

Thursday, August 11, 2011

Burung oh burung


Salam Ramadhan..... saje nk buat posting tentang burung...
hai si burung pipit,
knpe kau kesunyian,
Berbunyi mendayu di pg berembun
tiada berteman, tiada kawanan
Izinkan aku jd peneman

Hai si burung pipit...
Adakah kau sedang kerinduan
Jgn diturut rindu dendam
Kelak merana si badan....

Burung pipit....
terbanglah kau bebas
di bawa bersama sang angin
jgn dikenang sejarah silam
biarkan semuanya hilang dari fikiran
tenang, damai, utk selamanya....

(hahahaha...aku main belasah aje ni.....sajak mengarut ni....)

Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air 
menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantu 
memadamkan kebakaran.

Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air?

Burung : Saya ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.

Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja?

Burung : Saya tahu.

Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tak akan dapat memadamkan 
                 kebakaran itu?

Burung : Saya tahu wahai pemuda.

Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu?

Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada saya nampak atau tidak kebakaranitu, 
saya akan jawab bahawa saya nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha
saya untuk membantu. Lalu saya akan menjawab bahawa saya telah membawa titisan air
menggunakan sayapku untuk membantu.

Pemuda : Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah makhluk yang berjiwa mulia.

Moral : Jika kita mahu menolong seseorang, bantulah sekadar yang kita mampu. Sekurang-
kurangnya kita ada menyumbang bakti.



Tuesday, August 09, 2011

Kurma oh Kurma


Slm Ramadhan... Segala puji hanya untuk Allah....selawat dn salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda.....
Bila bln pose aje, berebut2 org cari buah kurma kan? Aku tak gemar sgt mkn buah kurma tp sbb mama kata buah ini mempunyai byk khasiat.... mama kata kalau durian Raja Buah...kurma ni Raja/Permaisuri segala khasiat....hahahaha... tp mmg benar buah kurma ini mmg byk khasiatnyer. Rasullullah sendiri telah mewasiatkan kpd kita untuk memakannya ketika mulai berbuka dari puasa Ramadhan.


Dari Salman ibn ‘Aamir, Sesungguhnya Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, “Jika salah seorang diantara kalian akan berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada maka dengan air karena air itu bersih dan suci. (HR. Abu Daud dan Tirmidzi)

Setahu aku, mama pernah bgtau aku pokok kurma ni antara pokok buah tertua di dunia dan turut dilabelkan ‘pohon kehidupan.’ Bilangan pokok kurma, seperti dilaporkan media Arab, dianggarkan berjumlah 105 juta di seluruh dunia yang meliputi kawasan seluas 800,000 hektar, dengan 62 juta boleh ditemui di dunia Arab(fakta ni aku dpt kat Berita Harian Online)

Aku pernah dgr cerita pasal asal-usul kejadian pokok kurma adalah dari lebihan tanah yang Allah SWT. ciptakan Nabi Adam as. Pokok kurma betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan  anaknya Nabi Isa as., Siti Maryam telah diminta oleh  Allah SWT untuk  menggoncangkan pohon kurma yang terdapat  di tempat  dia melahirkan anaknya  lalu gugurlah buah kurma masak dan di makan oleh Siti  Maryam. Itulah sejarah yang pertama kurma menjadi ubat berkhasiat kepada manusia.

Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat  bersalin hanya dengan makan kurma, tanpa tumbuhan  herba yang lain. Ditakdirkan Allah SWT. dengan kelahiran Nabi Isa as. Kerana itu juga, Allah  SWT. telah tumbuhkan pokok kurma jantan di sebelah pokok kurma betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah kurma yang elok ia juga harus dilakukan  menerusi kaedah ‘kahwin bunga’ (melakukan proses  pendebungaan betina dengan debu bunga jantan). Itulah serba sedikit yg aku tahu...seperkara yg menarik tentang buah kurma ni, semut tak suka nk dekat, lalat pun tak suka jgk....unik kn???? Wallahualam....


 Kebaikan kurma


  • Kaya dengan sumber zat besi, potassium, magnesium, sulfur, kalsium selain pelbagai vitamin termasuk asid folik.

    * Kandungan tinggi magnesium dalam kurma boleh mencegah barah. Amat jarang didengari puak Badwi diserang barah kerana bergantung kepada kurma sebagai makanan utama mereka.

  • Satu kilogram kurma memberikan 3,470 kalori kepada tubuh sebaik memakannya. Tenaga itu memuaskan selera makan, yang amat penting terutama ketika berbuka puasa.

  • Memakan kurma juga dikatakan memudahkan wanita bersalin.

  • Vitamin A dalam kurma dapat memperbaiki penglihatan dan menjadi penawar masalah tidak nampak pada waktu malam dan kekeringan mata serta mencegah penyakit mata.

  • Kurma juga penawar yang baik untuk masalah pening kerana ia mengawal pergerakan telinga. Disebabkan ia juga mengandungi zat besi dan kalsium, kurma juga penting untuk pembentukan tulang, gigi dan tisu otak. 




  • Monday, August 08, 2011

    Cara mencari kawan


    Salam sahabat2....

    Teringin plak nk kongsi citer pasal mencari kawan...la ni payah nk cari kawan...kalau tak kena gaya ada yg kawan makan kawan.... ada juga kwn yg mengajar kawan melakukan perkara2 yg tak baik... ada juga kawan yg mengajar kita menipu.... dn mcm2 lagi.... sbb tu kalau nk cari kawan kenalah berhati2....mmg kita mesti berkawan tetapi carilah kawan yg dpt memberi kebaikan utk diri kita jgn kemusnahan pada diri. Kat sini aku kongsi satu artikel aku dpt dari website kementerian pendidikan...tentang pergaulan remaja....byk manfaatnya....

    Siapakah kawan?Kawan ialah orang yang boleh anda harapkan seperti:
    • Menemani anda semasa anda keseorangan
    • Boleh berkongsi minat dan pengalaman bersama anda
    • Sedia membantu agar anda merasa senang dan terhibur
    • Sedia bersama menemani anda untuk bergembira di sebarang majlis keramaian
    • Bersedia menemani anda untuk aktiviti sosial seperti makan, menonton atau bersantai
    • Dapat memberikan sokongan emosi yang diperlukan menjadi pendengar yang baik, mempunyai rasa simpati, memberi keyakinan, nasihat, cadangan dan sentiasa memberi galakkan serta mengambil berat tentang diri anda
    • Bersedia untuk memberi anda pengetahuan atau peristiwa-peristiwa terkini
    • Bersedia membantu anda bila masa sahaja yang diperlukan
    • Dapat memberikan perasaan diri anda dipunyai dan diperlukan dalam sesuatu kumpulan sosial
    Bagaimana saya hendak memilih kawan?
    Anda mungkin mempunyai alasan tersendiri dalam memilih kawan. Oleh itu pilihlah kawan berdasarkan alasan anda itu.
    Bagaimana cara saya hendak memulakan persahabatan?
    • Mulakan perkenalan dan cuba kenali mereka
    • Tegur dan beri salam serta perkenalkan diri anda
    • Bertanyakan tentang diri mereka (Contoh: datang dari mana, apa kegemaran mereka)
    • Dengar penjelasan mereka dengan penuh minat
    • Cuba cari sesuatu topik biasa untuk dibualkan atau ajak mereka bermain bersama anda
    Jika kita menunjukkan minat untuk mendekati seseorang, mereka akan rasa diperlukan. Walau bagaimanapun elakkan meminta informasi yang mungkin agak personal yang mereka enggan beritahu anda. Hormati keputusan atau tindakan mereka yang enggan memberitahu anda mengenai sesuatu perkara. Jangan memaksa.
    Apakah halangan dalam menjalinkan persahabatan?
    • Memanggil atau memberi gelaran nama yang negatif yang tidak disukainya
    • Suka bertekak dan cepat memberi kata putus
    • Tidak bersetuju dengan pendapat orang lain walaupun diri sendiri tidak mempunyai idea
    • Berlagak dan sentiasa mengarah
    • Bercerita tentang diri sendiri sahaja
    • Suka mengumpat dan bercerita tentang keburukan orang lain
    • Bersikap negatif dan suka menyindir
    • Kedekut
    • Suka menunjuk-nunjuk dan bercakap besar
    • Suka buli orang dan memaksa orang lain melakukan sesuatu yang tidak disukainya
    • Bercakap bohong atau penipu
    Apa akan terjadi jika saya tidak berkawan?
    • Anda akan merasa keseorangan dan kesunyian
    • Kurang mendapat bantuan semasa anda memerlukannya
    • Kurang mendapat sokongan emosi semasa ketiadaan ibu bapa atau penjaga di sisi
    • Kurang atau tiada kawan untuk menemani anda untuk bermain atau bersiar-siar
    Apa yang perlu saya lakukan jika saya disisihkan oleh kawan?
    Kadang-kadang orang tidak berminat untuk berkawan dengan anda. Mereka akan memberitahu anda secara lembut atau kasar. Tidak mengapa walaupun anda rasa tersinggung, sedih atau marah.
    Cara untuk mengatasi masalah tersebut:
    1. Cuba fikirkan apa yang perlu anda lakukan untuk anda mendekatinya
    2. Walaupun dia enggan menerima anda sebagai kawannya, pastikan anda tidak memusuhinya
    Berkatalah pada diri anda sendiri:
    • "Walaupun saya tidak suka disisihkan oleh kawan, saya dapat mengatasinya."
    • "Tidak mengapa, saya boleh menjalinkan persahabatan dengan orang lain."
    • "Walaupun saya tidak suka apabila merasai seperti tidak diperlukan, memandangkan saya seorang yang baik, saya pasti akan dapat kawan baru."
    • "Saya tidak menyukai sikapnya yang kasar, tetapi itu masalahnya. Saya tidak perlu hiraukan."
    • "Saya dapat mengatasinya walaupun saya tahu sikapnya yang suka mengampu (bodek)"
    Bagaimanakah perasaan jika saya tidak diterima sebagai kawan?
    Mereka yang tidak diterima sebagai kawan akan merasa atau memikirkan:
    • "Apakah saya ini tidak berguna sehingga orang enggan berkawan dengan saya?"
    • "Saya sudah pun berlembut dengan sikapnya yang bongkak. Saya tidak suka padanya!"
    • "Dia tidak berminat untuk berkawan dengan saya, mungkin saya membosankan"
    • "Saya diperlakukan seperti orang bodoh, dengan diperbodohkan saya, dia fikir siapa dia?!"
    Perasaan negatif ini memang sepatutnya membuat anda marah, pahit dan rasa terhina. Dengan berfikiran sedemikian, tidak akan membantu anda. Cuba cari jalan lain yang lebih positif dan lakukan sesuatu yang lebih baik supaya anda rasa lebih selesa.
    Di manakah saya boleh mendapatkan kawan?
    • Sekolah
    • Jiran tetangga
    • Balai Rakyat
    • Kelab sukan
    • Pusat membeli belah
    • Tempat-tempat ibadat (seperti - masjid, gereja, kuil)
    • Berkhemah
    • Taman Rekreasi
    • Perhimpunan sosial - contoh: rumah terbuka, majlis jamuan, jogathon dan sebagainya
    • Internet - melalui "chat" atau email
    • Pada dasarnya di mana sahaja
    menjalinkan persahabatan

    Bagaimana saya akan menjalinkan persahabatan melalui Internet?
    • Banyak laman-laman Web boleh didapati (contoh: www.friendster.comwww.hi5.comwww.multiply.com) yang membolehkan anda berhubung dengan orang di seluruh dunia. Anda hanya perlu lengkapkan biodata dan carilah kawan yang sesuai yang mempunyai hobi atau minat yang sama dengan anda. Hubungi dan tawarkan diri anda untuk menjadi kawan mereka
    • Terdapat data dalam Internet (Internet diaries) yang boleh dijadikan panduan laman web. Anda boleh dapatkan biodata dan memilih kawan yang bersesuaian dengan anda
    • "Chat-rooms" juga ada disediakan. Melalui -mail anda boleh berbual secara "on- line" dengan orang luar yang telah berdaftar dengan pembekal email yang sama (contoh: www.yahoo.comwww.hotmail.com,www.icq.com)
    Apa persediaan diri yang diperlukan sebelum saya menjalinkan persahabatan?
    Anda mungkin memikirkan mengenai:
    • Bagaimanakah kawan yang saya inginkan?
    • Di manakah boleh saya bertemu mereka?
    • Apa yang akan saya bualkan dengan mereka?
    • Apa yang perlu saya katakan atau lakukan supaya mereka menjadi kawan saya?
    • Apakah akan saya lakukan jika saya tidak diterima sebagai kawannya?
    Berlatih dengan seseorang yang boleh anda percayai. Jika cara yang anda lakukan tidak sukses (berjaya), tukar dan cuba dengan cara yang lain pula.

    Apakah OK jika mengalami perasaan gementar semasa menjalinkan persahabatan?
    Perasaan gementar kadang-kadang dapat dirasai apabila bertemu orang walau kawan biasa tambahan pula dengan orang baru, terutama yang anda minati . Itu adalah perkara biasa. Lama kelamaan keadaan akan kembali seperti biasa selepas anda melaluinya dalam beberapa waktu.
    Saya pemalu, Tidak suka mulakan perkenalan. Apa yang harus saya lakukan?
    Ramai orang yang pemalu. Mereka lebih suka ditegur atau disapa terlebih dahulu. Anda masih boleh meneruskan persahabatan secara begini, tetapi anda akan dapat lebih ramai kawan jika anda yang memulakan dahulu perkenalan. Cuba mulakan langkah pertama dan membiasakannya. Perasaan malu akan berkurangan dan hilang. Jika perlu mintalah bantuan.
    Kepada siapakah yang saya boleh minta bantuan?
    • Keluarga
    • Kawan-kawan
    • Guru
    • Kaunselor
    • Psikologi
    • Guru yang mengajar ilmu kebatinan
    Capaian berkaitan:
    • Ketegasan
    • Kemahiran berkomunikasi
    • Membuat keputusan
    • Fahami personaliti anda
    • Kemahiran berunding
    • Pemikiran positif
    • Penyelesaian masalah
    • Ketenangan
    • Pengurusan stres