JellyPages.com

Wednesday, August 17, 2011

Mama Papa, I Love both of U

Alhamdulillah...syukur kepada Allah SWT kerana menganugerahkan mama dan papa....aku sayang mereka..... 

Mama... Papa
Kasihmu bak mentari yg sentiasa bersinar
Sayangmu umpama buih-buih ombak di lautan
Dirimu seperti lilin yg membakar diri
Sentiasa berusaha untuk anakmu ini
Agar menjadi insan berguna di dunia dan Akhirat

Mama..... Papa
Jasamu tetap dikenang
Kasihmu tetap di hati
Sayang mu selalu di ingatan
Hanya kamu yg kusayangi 
kerana kamu adalah mama dan papa ku.....

Credit untuk kak Shania...tq 4 sharing

Ibu  bapa  mana  yang  tidak  suka  dan  tidak  rasa  bahagia  jika anak sedia berkhidmat dan berbakti. Lebih-lebih lagi ibu bapa sudah lanjut usia dan perlu lebih perhatian dan jagaan. Berbakti kepada ibu bapa perlu pada sifa ringan tulang. Dengan ringan tlang kepada mereka, kita dapat jaga hati mereka dan dalam masa yang sama beroleh keberkatan dalam hidup. Lebih-lebih lagi bila ibu bapa sudah lanjut usia dan perlu lebih perhatian dan jagaan.
“Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah habuannya dan Allah akan memanjangkan (pula) umurnya.” 
(Hadis riwayat Abu Ya’la, at-Thabrani, as-Syaibani dan al-Hakim)

Raut wajah anak akan beri kesan kepada hati orang tua. Oleh itu cara mudah untuk gembirakan hati mereka  ialah  selalu  senyum,  bermanis  muka  dan  pandang mereka  dengan penuh kasih sayang. Memandang ibu bapa (dengan kasih sayang), menurut Nabi s.a.w., adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud)

Hati ibu bapa terhibur jika anak tahu hormati mereka dan hormati pandangan mereka. Kalaupun ada perkara  yang  anak  tidak  setuju,  dia  masih  tunjuk  rasa  hormat,  tidak membangkang. Nabi s.a.w. banyak  memberi  panduan  cara-cara hormat pada ibu bapa. Antaranya, baginda melarang seorang anak  berjalan mendahului ibu bapanya atau duduk sebelum ibu bapanya duduk. Baginda juga tekan-kan  perlunya  anak membiasakan  budaya  minta izin pada ibu bapa, seperti minta izin untuk masuk bilik mereka.

Rasulullah s.a.w. sewaktu dikunjungi ibu susuannya Halimah as-Saadiah, telah membentangkan kain ridaknya  untuk  diduduki oleh si ibu. Betapa bahagianya si ibu tua diperlakukan begitu. Layanan ‘VIP’ ini tentulah lebih layak diberi pada ibu bapa kandung, lebih-lebih lagi yang sudah lanjut usia. Kalau dia rasa  kurang  diraikan  atau  kurang  diberi perhatian, dia mudah tersinggung. Ini biasa berlaku bila ibu bapa tengok anaknya melebihkan isteri atau suaminya berbanding ibu bapa sendiri. Apalagi kalau ibu bapa tinggal serumah dengan anak dan menantu.

Meraikan  ibu  bapa  juga  merangkumi  meraikan  kenalan  atau  tetamu mereka. (Malah dalam Islam, selepas ibu bapa tiada pun, seorang anak masih dituntut meraikan kenalan baik arwah ibu bapanya.). Jauh di sudut hati, ibu bapa akan rasa bangga jika selalu diminta pandangan dan nasihat. Atau diminta restu  dan  doa  dalam apa-apa keputusan terutama melibatkan soal kahwin, kerjaya, sambung belajar dan  lain-lain  persoalan  besar dalam hidup anak. Tetapi jika anak minta restu, misalnya untuk kahwin, dengan cara mendesak, ini boleh sakiti hati mereka.

Kebanyakan  ibu bapa ada simpan hasrat terhadap anak – mahu anak berjaya dalam hidup, jadi anak soleh,  tahu kenang jasa. Memenuhi hasrat mereka adalah salah satu cara untuk gembirakan mereka. Jika anak tak ambil peduli hasrat dan harapan ibu bapa, hati mereka akan kecewa dan terguris.

Untuk  membalas  sepenuhnya  jasa  ibu bapa memang tak mungkin, tapi jika anak tahu kenang jasa, ibu bapa akan rasa bahagia. Misalnya jika sudah bekerja, disumbangkan sekian banyak daripada duit gaji  kepada  ibu  bapa.  Bila  sudah  berkeluarga  sendiri,  sumbangan ini tak pernah putus walaupun mungkin  berkurang  sedikit.  Bila  ada  duit lebih pula, tak lupa dikirim pada ibu bapa. Ibu bapa sakit, cepat-cepat  dia  balik jenguk  dan  usahakan  rawatan  yang patut. Kalau perlu, dijaganya di hospital atau diminta isterinya tolong jagakan. Dibawanya ibu bapa pergi haji atau umrah jika mampu.

Jika  sudah  tidak tinggal bersama ibu bapa, seorang anak perlu selalu berhubung dan jenguk mereka. Tak  cukup  hanya  kirim duit tiap-tiap bulan atau kirim kad raya ‘pengganti diri’, terutama jika mereka sudah  lanjut  usia, selalu sakit-sakit atau nyanyuk. Adakalanya bagi si ibu tua, cukuplah kalau dapat rasai  belaian  tangan  anak  yang pernah dikandungnya. Atau kalau anak mahu duduk dengar luahan hati, omelan atau ceritanya. Banyak kes hati ibu bapa yang retak sebab tidak begitu diindahkan anak, sakit peningnya tak diambil peduli atau anak sudah jemu dengar omelannya.

Anak boleh panjangkan jariah untuk ibu bapa; misalnya bersedekah dengan niatkan pahalanya untuk mereka.  Ini  tidak semestinya dibuat sewaktu ibu bapa sudah meninggal. Ketika mereka masih ada, mereka tentunya akan terhibur jika tahu yang si anak telah buatkan jariah untuk mereka.

Ibu  bapa  juga mengharap ada anak yang sudi doakan mereka. Kalau memang ada, mereka tentu rasa bahagia dan bangga. Tapi kalau mereka rasa si anak tak pernah doakan mereka, mereka akan pendam rasa.  Cukuplah  kalau  seorang  anak itu merasakan dia banyak ‘berhutang’ dengan ibu bapanya untuk membuatkan  dia rasa  sangat terhutang budi dan rasa patut membalas jasa serta menjaga hati mereka dengan apa jua cara yang dikira wajar. 

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Anak itu belum dapat lagi membalas (jasa) orang tuanya sehinggalah dia mendapatinya sebagai hamba, lalu dibelinya dan dimerdekakannya.” 
(Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap  anak-anaknya  walaupun  sesaat,  kadang-kala  ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulutnya dan  melelapkan  matanya  kerana  teringatkan anak-anaknya ini dan ada ketikanya air mata berlinangan mengalir membasahi dipipinya kerana mengenang dan merindui akan anak-anak. Mimbar mengingatkan, bilakah  kali  terakhir kita bertemu dengan mereka, menatap wajah dan mencium tangan mereka?. Cukup-kah dengan  sekadar  kita  mengirim  duit sebagai penganti diri bagi membayar setitis air mata ibu akibat rindu  kepulangan  si anak?.  Ambillah  kesempatan  yang  ada semasa hidup sebelum mereka pergi buat selama-lamanya. 

p/s Kedua ibu bapa merupakan jambatan bagi anak-anak untuk ke syurga.

No comments:

Post a Comment