Slm Ramadhan... Segala puji hanya untuk Allah....selawat dn salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda.....
Bila bln pose aje, berebut2 org cari buah kurma kan? Aku tak gemar sgt mkn buah kurma tp sbb mama kata buah ini mempunyai byk khasiat.... mama kata kalau durian Raja Buah...kurma ni Raja/Permaisuri segala khasiat....hahahaha... tp mmg benar buah kurma ini mmg byk khasiatnyer. Rasullullah sendiri telah mewasiatkan kpd kita untuk memakannya ketika mulai berbuka dari puasa Ramadhan.Dari Salman ibn ‘Aamir, Sesungguhnya Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam bersabda, “Jika salah seorang diantara kalian akan berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada maka dengan air karena air itu bersih dan suci. (HR. Abu Daud dan Tirmidzi)
Setahu aku, mama pernah bgtau aku pokok kurma ni antara pokok buah tertua di dunia dan turut dilabelkan ‘pohon kehidupan.’ Bilangan pokok kurma, seperti dilaporkan media Arab, dianggarkan berjumlah 105 juta di seluruh dunia yang meliputi kawasan seluas 800,000 hektar, dengan 62 juta boleh ditemui di dunia Arab(fakta ni aku dpt kat Berita Harian Online)
Aku pernah dgr cerita pasal asal-usul kejadian pokok kurma adalah dari lebihan tanah yang Allah SWT. ciptakan Nabi Adam as. Pokok kurma betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa as., Siti Maryam telah diminta oleh Allah SWT untuk menggoncangkan pohon kurma yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah kurma masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama kurma menjadi ubat berkhasiat kepada manusia.
Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan kurma, tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah SWT. dengan kelahiran Nabi Isa as. Kerana itu juga, Allah SWT. telah tumbuhkan pokok kurma jantan di sebelah pokok kurma betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah kurma yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah ‘kahwin bunga’ (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan). Itulah serba sedikit yg aku tahu...seperkara yg menarik tentang buah kurma ni, semut tak suka nk dekat, lalat pun tak suka jgk....unik kn???? Wallahualam....
Kebaikan kurma
* Kandungan tinggi magnesium dalam kurma boleh mencegah barah. Amat jarang didengari puak Badwi diserang barah kerana bergantung kepada kurma sebagai makanan utama mereka.
No comments:
Post a Comment