JellyPages.com

Thursday, February 21, 2013

Pergi Yang Tidak Kembali lagi....

Assalamualaikum......

Alhamdulillah.....akhirnya dpt lg sy update blog yg dh semakin tandus....... ini adalah n3 sy yg pertama semenjak tahun baru 2013 melabuhkan tirainya.....

Namun, tahun 2013 ini, membawa satu peristiwa sedih dalam hidup sy..... awan sy (iaitu nenek kesayangan sy sebelah mama) akhirnya menemui ALLAH SWT pada tarikh 13.01.2013 pd jam 10.30 pg..... Tarikh yg bakal menjadi sebahagian dari tarikh yg akn sy kenang.....

Tiada lagi suara Awan....tiada lagi tawa Awan.....tiada lagi deringan talipon dari Awan....aku redha kerana Allah SWT amat menyayanginya.......  Dalam usia Awan 64 tahun akhirnya beliau pergi tidak kembali lagi.

Mama,
Kau pasti sedih, namun angah bangga denganmu mama kerana tiada setitik airmata pun keluar pada masa Awan "pergi", namun angah tahu dirimu sedih teramat sangat...kerana dirimu adalah tempat di mana Awan akan mencurahkan rasa suka dan dukanya. Pernah angah terlihat mama menangis ketika menyusukn Khadijah selepas beberapa minggu Awan "tiada", pabila angah mendekatimu, segera airmatamu dikesat.....Mama, nangislah sepuas-puasnya kerana angah akan selalu ada di sisi mama....

Mama,
Angah tahu mama teramat sygkan Awan, namun Allah SWT lebih menyayanginya.

Semoga roh Awan mendapat tempat di sisiMu Ya Allah Ya Rabb.....amin....

Dalam kenangan


No comments:

Post a Comment