JellyPages.com

Thursday, March 07, 2013

ribut taufan......

Assalamualaikum....

 Hari ni aku nak cerita tentang benda lain.Tentang ribut taufan.

Harap korang membacanya..... Layan diri.....

Puting Beliung


Puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbusAngin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya.
Kebanyakan puting beliung mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum "lenyap". Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.
Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya. Saban tahun, ada nyawa yang terkoban akibat puting beliung.


Bagaimana puting beliung berlaku



Puting beliung boleh terjadi hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat. Puting beliung juga boleh berlaku bersama taufan. Dalam kebanyakan ribut petir yang berlaku di dunia, udara panas naik membawa wap air dan membentuk awan kumulonimbus dan hujan membawa udara sejuk ke bawah pada tempat yang sama, oleh itu angin ribut kencang tidak terbentuk. Tetapi sesetengah ribut petir pula menghasilkan angin kencang di dalam awan akibat turun naik udara panas dan sejuk secara serentak serta turun naik udara panas dan sejuk yang tidak berlaku pada tempat yang sama, dikenali sebagai fenomena angin ricih. Sekiranya angin ricih kencang tersebut berubah bentuk daripada melintang di dalam awan kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaran angin berbentuk corong tersebut dikenali sebagai puting beliung.


Senarai peristiwa puting beliung terdahsyat yang pernah di rekodkan di dunia

  1. Puting beliung Natchez (7 Mei 1840) - Fenomena berlaku meliputi daerah ConcordiaParishLouisianaAdams County dan MississippiAmerika Syarikat. Sebahagian kematian jiwa direkodkan berlaku di Sungai Mississippi. Walaupun angka kematian rasmi seramai 269 orang, namun pihak penyelamat mengganggar jumlah kematian jauh lebih tinggi. 
  2. Puting  beliung St. Louis (27 Mei 1896) - Malapetaka telah meragut sekurang-kurangnya 137 orang. Bandar St. Louis, Amerika Syarikat dilaporkan terjejas teruk. Kompleks beli-belah, rumah, kedai-kedai kaki lima, hospital, kerata api dan gereja digambarkan hilang dalam tempoh begitu singkat.
  3. Puting beliung Tri-State (18 Mac 1925) - Sekitar tempoh tiga jam lebih, puting beliung ini telah mengorbankan 700 nyawa dan menghancurkan lebih daripada 15, 000 kediaman di wilayah IllinoisIndiana dan MissouriAmerika Syarikat.
  4. Puting beliung The Tupelo (5 April 1936) - Ianya berlaku dekat Coffeeville, daerah YalobushaAmerika Syarikat. Dalam kes ini, sebuah kompleks membeli belah terpaksa dijadikan hospital sementara dan pusat transit perlindungan. Sebanyak 233 nyawa melayang, 150 kabin sementara dibina supaya dijadikan rumah perlindungan tambahan sementara.
  5. Puting beliung The Gainesville (6 April 1936) - Puting beliung ini melalui bandar GainesvilleGeorgia. Sebanyak 750 buah rumah hancur dan ranap. Seramai 203 orang terbunuh, 40 orang dilaporkan hilang. Kematian terbesar dalam peristiwa puting beliung ini melibatkan kematian terbesar yang hanya berlaku di sebuah gedung membeli-belah terkemuka disana.
  6. Puting beliung Joplin (21 Mei 2011) - Berlaku di bandar JoplinMissouriAmerika Syarikat. Disifatkan bencana puting beliung paling teruk yang pernah melanda AS dalam tempoh setengah abad. 142 nyawa dilaporkan terkorban. Saiz puting beliung dianggarkan 10 km panjang ke atas dan 1.2 meter lebar diameter radius. Dianggap suatu saiz puting beliung yang pelik jauh dari jangkaan pakar

Perbezaan antara puting beliung dan taufan

Ramai di antara kita yang terkeliru antara puting beliung dan taufan memandangkan kedua-duanya adalah corong angin kencang dan ribut angin kencang. Ribut taufan itu sendiri merupakan satu sistem cuaca manakala puting beliung pula ialah sebahagian daripada sistem ribut petir. Ribut taufan memusnahkan kawasan yang luas dalam satu-satu masa tetapi puting beliung hanya memusnahkan kawasan yang dilalui corong ribut kencang itu sahaja. Tambahan pula, puting beliung hanya bertahan selama beberapa jam tetapi ribut petir boleh bertahan selama berhari-hari, malah boleh jadi lebih daripada seminggu.

Baiklah...Aku rasa itu saja kot untuk hari ni..So,jumpa korang di n3 yang lain..bye!!!!

No comments:

Post a Comment