JellyPages.com

Saturday, March 23, 2013

Tips Kurus Part 2


Assalamualaikum..... baru dpt sambung n3 pasal diet.... Diet...Diet, ini ada beberapa tips yg sesuai untuk kita amalkan....kalau istiqamah melakukannya, insyaAllah pasti ada hasilnya....moga ada manfaat yer....
                 

1. JANGAN CRASH DIET
crash diet tu ialah diet secara mengejut.ramai orang perempuan yang buat macam ni.Jangan buat macam tu...Sebabnya bila anda crash diet, memangla berat anda akan  turun secara mendadak. Mestilah,sebab anda tak makan 2 hari pastu turun 3kg, anda pasti akan gembira bukan  kepalang. Padahal berat anda turun sebab water volume dalam badan anda yang reduce bukan fat. Pastu kalau anda crash diet, metabolism badan akan rendah sebabnya badan anda berfikir anda tengah starvation. lepas tu, bila anda dah tak dapat nak tahan nafsu,anda makan macam biasa balik, badan anda akan store as much fat as possible. maka berat anda yang bertambah akan lebih dari yang anda hilang. Rugi  tak?


2. JANGAN SKIP MEAL. JUST REDUCE PORTION
'I don't take lunch & dinner, i'm on diet'. Yelah tuuuuu. skip lunch or dinner is not the correct way..... Sapa ngaja anda skip-skip meals ni. Kalau anda skip meals, anda mula la lapar,  meroyan tak tentu pasal. Skali bila rasa macam dah nazak, sikit lagi nak mati, yang melantak makan megi/biskut tengah-tengah malam. Pastu mengantuk sebab perut kenyang. Apa lagi, suma yang anda makan tu badan anda store jadi fat lah. Bila badan anda perlukan energy pada siang hari, anda tak makan. Bila badan anda tak perlukan energy anda makan pulak. The key is, moderate je. Makan setiap waktu makan tapi kurangkan porsi.


3. HAPUSKAN MAKANAN RINGAN DI DUNIA INI
'I tak makan nasi, I take biscuit only' Sebenarnya kita tidak boleh tidak makan nasi dalam hidup kita kerana calories dalam biskut lagi tinggi dari nasi. Dah la tak kenyang pastu tambahkan berat badan anda. selalunya,dikalangan perempuan yang selalu salah anggap tentang benda ini. Mereka merasakan apbila kita makan nasi,ia akan menggemukkan kita ,tapi makan twisties, biskut & air coke suma takpa. Sebab tulah mereka makan makanan-makanan ringan. . Nama sahaja makanan ringan tapi sebenarnya kalori tinggi. Lebih baik anda mengamalkan cara pemakanan yang sihat atau makan apple cider.Apple cider boleh menghapuskan lemak yang ada di badan kita....  minumlah!  



4. GET ACTIVE
satu-satunya benda kat dalam dunia ini yang boleh menyembuhkan apa-apa penyakit ialah exercise atau pun orang melayu kata bersenam. Kalau anda mengatakan yang anda sibuk sehingga tidak boleh bersenam,tidak mengapa. Cari jalan untuk something yang practical. Contohnya park keta jauh-jauh dan jalan laju2. Pilih tangga daripada berebut-rebut nak naik escalator macam kat KL sentral tu. Pilih untuk main game Dance dance revolution daripada DOTA. Kacau anjing yang tengah tidur. Kejar pencuri ker..(hehehehe...Saja.)



5. JANGAN BUAT STRENUOUS EXERCISE KALAU TAK MAMPU, JUST SLOW-JOG/WALK.
Kadang-kadang ada juga orang jogging melampau-lampau sebab kalau jogging sampai peluh keluar, diorang boleh kurus??? .Tak mungkin..... ada satu interesting fact, kalau anda exercise secara strenous, nanti yang banyak terbakar adelah glucose. Glucose metabolism ni perlukan oxygen, bila anda exercise melampau, oxygen kan kurang, jadi dia convert metabolism tu jadi anaerobic (tak pakai oxygen). Bila anerobic metabolism berlaku makanya, acid lactic akan terkumpul. Lepas tu merana la badan anda sakit sakit. Lagi satu bila glucose yang terbakar, dia akan stimulate otak anda supaya rasa lapar lapar lapar lapar. Pastu konfem anda akan makan dengan banyak sebabnya glucose metabolism ni boleh buat anda lapar sangat...

Kalau nak kuruskan badan secara consistant & tanpa rasa letih, anda just jalan je. tapi syarat dia mesti kena lebih dari 1 jam. Sebab nye, kalau anda jalan lebih dari 1 jam, yang terbakar adelah fat, kiranya metabolism yang berlaku adelah fat metabolism. Kenapa kena lebih dari 1 jam? sebabnya hormon adrenaline tengah peak masa ni. hormon adrenaline ni akan stimulate enzyme lipase dalam badan anda untuk memecahkan segala lemak-lemak yang ada. 

Anyway, makan macam biasa, tapi portionnyer biar kecil...jgnlah sepinggan penuh...tu dah melampau......jgn  sentuh junk food langsung. Umah aku takda junkfood sebab mama tak bagi makan junk food. Weight reduction yang betol-betol berkesan adelah sebanyak 0.5kg seminggu. Cubalah....



Kaedah pengiraan kalori makanan


Something useful to share....

Daily Energy Requirement = berat(kg) * 30 kalori
contoh: berat seseorang 45kg. Kiraannya ialah 45kg * 30 = 1350 kalori setiap hari

kalau kita hendak mengurangkan 1 kg dalam masa seminggu maka kita perlulah mengurangkan 1kg dari kiraan kalori.
contohnya 45kg - 1kg = 44 kg
pengambilan kalori yang perlu diambil ialah 44 *30 = 1320 kalori setiap hari.

baki 30 kalori lagi (1350-1320 kalori) kita akan tolak dari lemak-lemak yang terkumpul dalam badan kita.


PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori: Minuman


minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal

Petua memilih makanan di restoran :

sebelum menempah meja, dapatkan maklumat sama ada bahan ramuan hidangan dapat ditukar
baca menu dengan teliti dan pilih makanan yang sihat. Pilih makanan yang bersayur.
Minta salad tanpa dresing
minta makanan yang kurang berminyak, garam dan tanpa serbuk perasa (MSG). Minta yang menggunakan perasa seperti rempah atau herba
pilih hidangan yang dikukus, rebus, panggang atau dibakar
jika ada sos, minta ianya disajikan berasingan
jika anda memerlukan makanan yang rendah kolestrol, elakkan makanan berdaging seperti otak, hati dan buah pinggang atau ketam, udang atau sotong
pilih makanan yang disediakan pada asalnya memang berkalori rendah
minta buah-buahan sebagai pencuci mulut
minum air, teh atau kopi tanpa gula daripada meminum minuman ringan yang manis atau beralkohol




Saturday, March 09, 2013

APPLE CIDER...??? apa tu???

Assalamualaikum....

Berjumpa lagi kita hari ni..Sebelum aku nak cerita, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang yang telah follow aku...And aku jugak nak ucapkan terima kasih jugak kepada sesiapa sahaja di luar sana yang sudi membaca artikel-artikel yang menarik...(menarik ker...hehehhe...saja) di dalam blog aku yang x seberapa ni.... aku hanya menaip bila aku ada benda yang nak dikongsi sahaja. Kalau otak tepu tak tahu nak tulis....Tak menulis lah jawabnya...hehehe... Kalau korang tengok blog aku, insyaallah, kalau ada free time aku akan singgah plak blog korang....alamak panjang sangat aku berceloteh...n3nya tak siap-siap lagi...Baiklah kita straight to the point.

Korang tahu apa bendanya yang namanya CUKA EPAL atau dalam bahasa inggeris, APPLE CIDER???

Tak tau...Baiklah aku kongsikan... tentang epal cider. tapi bukan epal saje...epal kurma jugak sangat baik khasiatnya.... KHASIAT CUKA

Cuka epal (Apple Cider Vinegar, mat salleh panggil, atau nak lagi moden ACV) memang sudah diketahui mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi.(aku tahu sebab mama aku kasitahu...Sekarang aku pakai) Ia telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang2 Greek dan Mesir.

  Ia diperbuat daripada bahan yang diproses dengan fermentasi yang mana gula di dalam air buah epal dipisahkan oleh bakteria dan ragi yang berwarna kuning keemas-emasan dan dijual dalam bentuk semula jadi. bahan yang berasaskan semulajadi...Uniknya ciptaan ALLAH S.W.T.

Aku mula minum cuka epal ni bila mama aku cari kat internet...Tiba2 jumpa plak artikel tentang cuka epal ni.... Pastu mama aku baca and malam tu mama aku tanya kat papa aku kat mana boleh dapat lagi stok cuka epal ni..Sebab aku punya cuka epal tu dah abis.... So, papa aku pun ckp dekat- dekat sekitar Warta Bangi.... cari punya cari kedai tu, last-last jumpa jugak...

Macam-macam ada kat situ..cuka kurma ada,cuka epal ada, habatussawda ada...Pokoknya semua adalah..(Alamak tercakap bahasa indonesia plak...hehehe) Bila aku minum secara istiqamah,selama beberapa hari, beberapa minggu, nampak hasilnya...Alhamdulillah

Ok...sekarang ni aku akan tulis apakah khasiat CUKA EPAL :-

  • Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan. 
  • Meningkatkan kadar metabolisma badan menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan memberikan anda lebih tenaga dan menurunkan berat badan.
  • Menyembuh berbagai penyakit atau masalah kesihatan, seperti alergi, jangkitan sinus (resdung), selesema, jerawat, kolesterol tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis (bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Menurunkan kadar kolestrol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan disebab oleh lemak.
  • Melegakan saluran pernafasan.
  • Membunuh bakteria jahat di dalam usus dan memelihara kesihatan usus.
  • Melegakan kulit bermasalah seperti eczema (disapu terus pada kawasan yg dijangkiti)
  • Meng'alkali'kan tubuh (Lebih asid = tubuh lemah, kuat mengantuk, letih, sengal badan. Lebih alkali = cergas dan lebih bertenaga). 
  • Jika diambil sebelum makan, akan lebih cepat berasa kenyang. Juga melambatkan rasa lapar

Jadi kepada sesiapa yang ingin menurunkan berat badan...X yahlah ambik ubat kuruskan badan.Lebih banyak mudarat daripada kebaikannya....

Ada satu lagi..cuka epal ni jugak bleh merawat atau membersihkan wajah kita daripada jerawat..Aku pun dulu ada banyak jerawat...Tapi alhamdulillah, dengan pertolongan daripada ALLAH S.W.T. yang telah menciptakan pelbagai penawar untuk kita...Berkurang jugak aku punya jerawat ni...

Keracunan makanan
Kadar Pectin yang tinggi di dalam Apple cider mampu melegakan dinding usus yang terengsa akibat keracunan makanan (muntah2 dan cirit-birit). Caranya, ambil 1 sudu Apple cider dilute dalam air suam dan minum 3-4 kali sehari sehingga simptom berkurangan dan lega.

Demam, Selsema dan Sakit Tekak
1 sudu Apple cider dilute dalam air suam dan di minum 3-4 kali sehari (macam makan ubat doctor jugak.. bezanya cara ni sangat natural dan tak buatkan kita mengantuk). Untuk demam, especially bayi dan kanak2, campurkan setengah cawan ACV dalam segayung air suam dan sponge kan pada kepala dan seluruh badan. InsyaAllah dapat turunkan suhu panas tu..

Jerawat
Oh.. tetiba jerawat setompok tumbuh bila bangun pagi (especially to women time period tu kengkadang 2-3 bonjol jerawat naik kan?).. Caranya, cepat2 sapu Apple Cider ni, memang akan cepat kecut..

Oklah...Cukup setakat ni sahajer aku tuliskan tentang cuka epal ni...Nnt kita share lagi tips2 yg lain plak yer....

Banner1

Thursday, March 07, 2013

ribut taufan......

Assalamualaikum....

 Hari ni aku nak cerita tentang benda lain.Tentang ribut taufan.

Harap korang membacanya..... Layan diri.....

Puting Beliung


Puting beliung atau tornado ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah dan awan kumulonimbusAngin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliung sangat berbahaya.
Kebanyakan puting beliung mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum "lenyap". Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.
Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya. Saban tahun, ada nyawa yang terkoban akibat puting beliung.


Bagaimana puting beliung berlaku



Puting beliung boleh terjadi hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat. Puting beliung juga boleh berlaku bersama taufan. Dalam kebanyakan ribut petir yang berlaku di dunia, udara panas naik membawa wap air dan membentuk awan kumulonimbus dan hujan membawa udara sejuk ke bawah pada tempat yang sama, oleh itu angin ribut kencang tidak terbentuk. Tetapi sesetengah ribut petir pula menghasilkan angin kencang di dalam awan akibat turun naik udara panas dan sejuk secara serentak serta turun naik udara panas dan sejuk yang tidak berlaku pada tempat yang sama, dikenali sebagai fenomena angin ricih. Sekiranya angin ricih kencang tersebut berubah bentuk daripada melintang di dalam awan kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaran angin berbentuk corong tersebut dikenali sebagai puting beliung.


Senarai peristiwa puting beliung terdahsyat yang pernah di rekodkan di dunia

  1. Puting beliung Natchez (7 Mei 1840) - Fenomena berlaku meliputi daerah ConcordiaParishLouisianaAdams County dan MississippiAmerika Syarikat. Sebahagian kematian jiwa direkodkan berlaku di Sungai Mississippi. Walaupun angka kematian rasmi seramai 269 orang, namun pihak penyelamat mengganggar jumlah kematian jauh lebih tinggi. 
  2. Puting  beliung St. Louis (27 Mei 1896) - Malapetaka telah meragut sekurang-kurangnya 137 orang. Bandar St. Louis, Amerika Syarikat dilaporkan terjejas teruk. Kompleks beli-belah, rumah, kedai-kedai kaki lima, hospital, kerata api dan gereja digambarkan hilang dalam tempoh begitu singkat.
  3. Puting beliung Tri-State (18 Mac 1925) - Sekitar tempoh tiga jam lebih, puting beliung ini telah mengorbankan 700 nyawa dan menghancurkan lebih daripada 15, 000 kediaman di wilayah IllinoisIndiana dan MissouriAmerika Syarikat.
  4. Puting beliung The Tupelo (5 April 1936) - Ianya berlaku dekat Coffeeville, daerah YalobushaAmerika Syarikat. Dalam kes ini, sebuah kompleks membeli belah terpaksa dijadikan hospital sementara dan pusat transit perlindungan. Sebanyak 233 nyawa melayang, 150 kabin sementara dibina supaya dijadikan rumah perlindungan tambahan sementara.
  5. Puting beliung The Gainesville (6 April 1936) - Puting beliung ini melalui bandar GainesvilleGeorgia. Sebanyak 750 buah rumah hancur dan ranap. Seramai 203 orang terbunuh, 40 orang dilaporkan hilang. Kematian terbesar dalam peristiwa puting beliung ini melibatkan kematian terbesar yang hanya berlaku di sebuah gedung membeli-belah terkemuka disana.
  6. Puting beliung Joplin (21 Mei 2011) - Berlaku di bandar JoplinMissouriAmerika Syarikat. Disifatkan bencana puting beliung paling teruk yang pernah melanda AS dalam tempoh setengah abad. 142 nyawa dilaporkan terkorban. Saiz puting beliung dianggarkan 10 km panjang ke atas dan 1.2 meter lebar diameter radius. Dianggap suatu saiz puting beliung yang pelik jauh dari jangkaan pakar

Perbezaan antara puting beliung dan taufan

Ramai di antara kita yang terkeliru antara puting beliung dan taufan memandangkan kedua-duanya adalah corong angin kencang dan ribut angin kencang. Ribut taufan itu sendiri merupakan satu sistem cuaca manakala puting beliung pula ialah sebahagian daripada sistem ribut petir. Ribut taufan memusnahkan kawasan yang luas dalam satu-satu masa tetapi puting beliung hanya memusnahkan kawasan yang dilalui corong ribut kencang itu sahaja. Tambahan pula, puting beliung hanya bertahan selama beberapa jam tetapi ribut petir boleh bertahan selama berhari-hari, malah boleh jadi lebih daripada seminggu.

Baiklah...Aku rasa itu saja kot untuk hari ni..So,jumpa korang di n3 yang lain..bye!!!!