JellyPages.com

Monday, October 21, 2013

Cabaran Besar Menantiku!

Assalamualaikum......

Alhamdulillah... dengan izinMu ya Allah... dpt aku update blog hari... sebenarnya ada banyak perkara yg terjadi beberapa hari ni yg memberikan aku banyak pengalaman yg sangat berguna...dan aku melihat akn kasih sayang Allah padaku yg amat banyak.... Terima Kasih Allah.....

Hari tu Syarahan Peringkat Daerah dah lepas, aku masuk pula ke peingkat Negeri dan akhirnya yeayyyyy alhamdulilah aku menjadi JOHAN, dan peserta lelaki dari sklh ku menjadi NAIB JOHAN.... satu pencapaian membanggakan bagi SKDJ.....

Syarahan hari tu bertempat di :-Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa

Macam2 perkara terjadi pada hari tu.... dan ianya memang hari yg amat memenatkan.... dan sedih, duka dan akhirnya BAHAGIA.....
Kronologinya aku citer yer....

Aku bersama, mama, Ustazah2 yg mengiringi dan rakan seperjuanganku...
selepas diumumkan sebagai JOHAN

Ini adalah rakan-rakan pesaingku.... mereka baik... tapi mereka juga telah menjadi
mangsa "kelam-kabut" hari tu di sebabkan INSAN itu....
Anda akan sentiasa dlm ingatan... moga kita akan berjumpa lagi!
  • Aku menjadi peserta ke 7 yg menyampaikan syarahan.... aku sendiri tidak tahu tag no. peserta aku... kerana pihak sklh tak memaklumkan pada ku.... ustazah aku pun tak tahu, tapi kata penganjur mereka dah maklumkan pada pihak sklh..... confiuse..... confiuse.... Jadinya aku main agak2 aje.... peserta ada 10 orang dari 10 daerah.... so tgk semua no dari 1 - 10 dah ada kecuali 7, so akulah peserta no 7 tu... hehehehhe....
  • Aku menyampaikan syarahan aku dengan jayanya..... Pesaing memang hebat2 belaka... namun may the best man win!
  • Tapi memang benar, pesaing2 aku ada dua tiga org yg memang menjadi pencabar aku, namun mereka banyak dh lebih masa, ada yg tergagap.... tapi aku tidak mahu buat ramalan kerana apa2 pun boleh jadi... yg pasti aku dah buat dgn terbaik, 0 mistakes, cuma isi syarahan aje yg terserah kepada para juri.... 
  • Mama dn papa lewat tiba, namun aku tetap bersyukur kerana mereka adalah insan di sebalik kejayaanku ini....
  • Selesai semua peserta membuat persembahan.... semua peserta diminta menunggu di ruang menunggu. Aku menunggu penuh debar dan tawakal.
  • Akhirnya keluargaku sampai...... dan seketika kemudian ada seorang INSAN yg telah membuat hidupku huru hara pada hari itu.......
  • INSAN  itu hanyalah sebagai juruacara majlis sahaja namun sikap dan perbuatannya telah mengharu-birukan semua peserta..... dan akulah orang yg paling HEBAT di"kena"kan olehnya. Namun aku tetap mengucapkan terima kasih kepada INSAN ini kerana telah menjadikan aku cukup terkenal dan popularlah gitu...... kerana sikap dan perbuatananya itu.
  • INSAN ini telah memberitahu kami, hanya tiga DAERAH sahaja yg akan berada di dalam bilik ini dan yg lain boleh berada di luar dan buat hal masing2..... Dengan kata lain 2 peserta di dalam bilik tu adalah pemenang antara no 1 - 3, 1 peserta lagi dari daerah lain tak ada di situ pada ketika itu. Yang peliknya INSAN ni menyebut peserta yg memang tidak ada dalam pertandingan itu.... terus mencari peserta yg tak ada.... confiuse.... confiuse..... Dengan kata lain aku tidak layak untuk mendapat top three! Adussss.... sedihnya hati aku.... perkara yg terbayang di dalam kepalaku hanyalah MAMA..... kerana aku dah berjanji dengan diriku bahawa aku pasti akan memberi tropi kejayaan untuk mama.... memang sedih masa tu..... hanya ALLAH yg tahu....Dan aku adalah di antara peserta yg diminta keluar....
  • Aku mendapatkan mama..... namun ku lihat mama hanya tersenyum..... tapi seperti ada sesuatu yg bermain di mata mama, aku tak pasti.... cuma mama tanya.... dah final ke keputusannya? Tak kan mudah sangat, bgtau macam tu aje..... Aku mengganggukkan kepala. Papa lagi  best relax aje.... tiada kata2! Cuma minta bersabar.....
  • Aku, mama dan ahli keluarga tu tidak berganjak dari luar ruang menunggu.... ustazah ku pun hanya diam tercengang, terkejut pun ada seperti tidak sangka aku peserta yg akan keluar.... dan beberapa ibu-bapa yg lain sibuk tanya ku kenapa aku tidak berada di dalam top three tu... aku hanya senyum aje.... walaupun di dalam hati sedih sangat....
  • Mama tetap kata pasti ada yg silap, aku tak tahu kenapa mama kata macam tu? Tapi kami tetap menunggu.... aku melihat mama berbual dengan ustazah yg menjadi guru pengiring......
  • Entah macam mana mungkin atas doa mama ku tadi dan juga orang2 yg melihat persembahanku pada hari tu.... tiba-tiba KETUA HAKIM muncul dan terus memanggilku, dia menyuruhku masuk di bilik menunggu bersama dua peserta yg lain. Ya ALLAH..... ALLAHU AKBAR.....  aku lihat mama senyum......selepas itu KETUA HAKIM pergi meninggalkan kami..... dan kini aku mampu tersenyum semula dan ku lihat airmata mama bergenang di kolam matanya.... Memang miracle! Namun kegembiraan itu tidak lama...sebaik sahaja mama pergi untuk ke khemah acara.... INSAN tu datang lagi, dia dengan tidak puas hati terus menyuruhku keluar dari bilik tu.... aku jadi bingung.... dengan berat hati aku pergi utk berjumpa mama, tetapi sebelum itu ustazah telah menyapa ku terlebih dahulu. Aku menceritakan semuanya.... ustazah pun confiuse! confiuse!..... Ada beberapa org guru lain menyatakan ketidakpuasan hati mereka.... aku hanya mampu mendengar aje.... aku melangkah berjumpa mama dengan longlai tapi mama seperti dah tahu, ya lah mama kan pasti tahu.... mama tak tanya banyak.... apa-apa pun nnt kita tunggu keputusan akhirnya jadi apa.... begitulah kata mama!
  • Dipendekkan cerita..... mama kata tunggu keputusan akhirnya..... so aku tunggu.... mama pada mulanya agak sedikit kecewa dengan perkara ini, namun akhirnya mama kata dia TAWAKAL..... seandainya aku telah membuat yg terbaik, keadilan berada di sini.... pasti AKU akan diadili secara saksama. Aku pun redho.
  • Hujan turun agak lebat.... mama memberitahu ku apa jua keputusan terima dengan redho.... kerana mama nak menyusukan Khadijah di dalam kereta. So aku tersenyum. Aku melihat rakan seperjuanganku..... Benjamin antara "top three" peserta lelaki... sedih benar hati ku... kerana Benjamin mentertawakan ku tidak berada di dalam "top three", namun aku hanya tersenyum!
  • Semua peserta yg berada di dalam senarai "top three" ditempatkan di suatu tempat di dewan bagi acara mengambil hadiah. Aku hanya mampu melihat.... hati sedih juga.... kenapa bukan aku yg berada di situ????? huhuhuhuhu....
  • Apabila acara pengumuman dimulakan dgn kategori TILAWAH, barulah kategori syarahan diumumkan..... Tempat ke 3 dan ke 2 dah diumum aku hanya mampu memberi tepukan sokongan.... dan apabila tempat pertama diumumkan...... JOHAN adalah dari sklh SKDJ, INTAN BALQIS SHAHIRA..... adussss.... aku yg berada di celah khalayak ramai dengan rasa terkejut macam tak percaya aje..... aku merentas orang ramai utk ke pentas bagi mengambil hadiah kemenangan ku.... ALHAMDULILLAH aku telah berjaya menjadi JOHAN.... hadiah utk mama! 
  • Papa pada ketika itu yg dapat melihat aku mengambil hadiah, disaksikan oleh orang2 ramai yg berada di situ......
  • Seketika kemudian mama hadir selepas menyusukan Khadijah... along dan Keysha menunggu di dalam kereta, kerana hujan masih turun dgn lebat.... Berita kemenangan ku tu membuat mama terus meredah hujan untuk bersama ku.... Terima KASIH MAMA! Kau insan yg sgt istimewa!
  • KINI.... aku telah mampu ketawa.... dan perutku baru terasa lapar kerana masa tu dah pun jam 1:25 ptg...... hehehehehe.....
Moral dari cerita ini......
  • Kalau rezeki tu telah ditentukan untuk kita, walau dibuat macam mana sekali pun, orang nak curi, orang nak musnahkan, orang nak perdajalkan, ianya tetap akan menjadi REZEKI kita....insyaAllah!
  • Yakinlah kalau kita dah buat yg terbaik pasti.... Allah akan dapat MELIHATNYA....
  • Di sebalik kejayaan kita pasti ada insan yg mendokong di belakang kita, iaitu MAMA dan keluargaku
  • Kalau ada orang yg menghuru harakan hidup kita, biarkanlah dia pasti akan ada balasan yg setimpal utk mereka... dlm citer aku ini faham2 aje lah yer.. 
  • Apa2 pun tetap terus bersyukur kepadaNYA......
  • Sahabatku yg berada di dalam senarai "top three" tu hanya seorang sahaja yg dpt tempat ke 3 yg seorang lagi, tak dapat, pasti dia hampa.... tapi entah lah aku sendiri pun tak faham semua ini.Cuma aku berharap sahabatku itu tidak berputus asa... lain kali cuba lagi....
Oh ya.... panjang karangan aku hari ni...lebih 1500 patah perkataan ni... hehehehehe..... InsyaAllah aku akan menjadi wakil NEGERI untuk ke PERINGKAT KEBANGSAAN di KEDAH pada 9 dan 10 November 2013 ini. Doakan semuanya berjalan lancar ye, kawan2..... moga selamat perjalanan kami pergi dan balik!
Inilah rakan seperjuanganku Benjamin.....  tapi dia ni senior aku ler...
usia lebih skit, 1 thn dari aku.... hehehehe
Nota: Buat Benjamin, rakan seperjuanganku.... kau tertawakan aku yer..... kini boleh tak aku tertawakan kau... kerana kau mampu jadi NAIB JOHAN aje,..... opsssss.... no...no....no..... aku tidak akan mentertawakan kau sahabat kerana kau adalah sahabat seperjuanganku yg secara tak langsung telah menyuntik semangat saingku. Tahniah sahabatku..... kau doakan aku juga yer utk peringkat KEBANGSAAN nanti ....

No comments:

Post a Comment