JellyPages.com

Friday, December 06, 2013

Aktiviti Cuti ku

Assalamualaikum....

Hye sahabat semua.... pe khabar? Korang dah lunch ke lum? Aku hari ni simple aje lunch meal aku.... bubur nasi daging.... emmmm simple tapi sedap!!! of coz mama yang masak semuanya sedap.... bak kata mama kalau mama goreng seliper dengan tepung pun, kamu semua cakap sedap..... hehehehhe.... ermmm memanglah mama masak mesti sedap...... masakan yang dimasak dengan kasih sayang.... tiada yang sedap melainkan masakan mama.... korang pun mesti rasa macam tu jugak kan????


Oh ya aku nk update pasal aktiviti cuti sklh ku minggu lepas.... aku pegi jalan2 di Melaka... itu pun sebab ada kenduri kat umah sepupu aku... so ambil kesempatan lawat2 beberapa tempat.... aku and family g Taman Rekreasi Sungai Udang.... kat sana tempat orang jungle trekking, jogging boleh lah.... aku hanya jalan2 aje itu pun separuh jalan aje....x explore abis sbb ujan dah turun..... 



Next kami pergi Muzium Hang Tuah... baru dibuka dan ianya merupakan muzium interaktif di mana kita boleh explore dengan menggunakan komputer yg disediakan di sana... interesting... banyak info menarik tentang Hang Tuah di sana. Rumah Hang Tuah  dan 4 kawannya yg lain pun ada... tp yg popular dan banyak yg masuk (menurut pemerhatiankulah yer) rumah Hang Jebat paling ramai yg masuk... tambahan pula ada pameran keris di sana.... aku pun apa lagi sempatlah berposing pendekar di sana... Rekabentuk rumah Hang Jebat memang cantik... rumah Hang Tuah biasa aje... hehehhee.... rumah Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi pun ada. Korang pegi lah sana... macam2 info korang boleh dapat....
Ni dekat Muzium Hang Tuah..

Ni plak, rumah Hang Jebat.. Cantik tak??


Kat umah Hang Kasturi.. Bersilat aku dekat belakang.. Hehe..

Kat muzium .. Bergambar dengan adik...

Kat muzium jugak..

Hah.. Ni dekat umah Hang Jebat! Sempat lagi aku posing silat..

Dalam muzium ada hutan.. Terbaik.

Pas tu kami pergi ke Menara Taming Sari, ketinggian setinggi 80 meter. Memang menarik tapi kami bercadang nak naik waktu petang tapi rancangan tak menjadi kami sampai di sana dalam pukul 8:00 mlm, just dapat tgk kerlipan lampu2... tp bagi yg memang suka melihat kerlipan lampu memang patut g malam lah yer... next time aku nak g sana sebelah siang plak... mmg seronok... Cadangan asal ingat nak naik Cruise Sungai Melaka... tp masa tak mengizinkan, tak mengapa Melaka tunggukan kehadiran kami lagi.....
Tiket untuk masuk ke Menara Taming Sari..

Dalam Menara tu.. Memang best...








Oklah Sampai sini dulu aku menulis... Jumpa lagi!! Bye!!!!!

Tuesday, December 03, 2013

Cara Berpakaian Dalam Islam.

Assalamualaikum...

Hari ini aku nak post entri berkenaan pakaian... Kebanyakan umat manusia di atas bumi ini kadang-kadang boleh juga berfikir dua tiga kali untuk memakai baju yang menutup aurat atau memakai pakaian yang sebaliknya?? Perlukah kita berfikir berkali-kali untuk sesuatu perkara yang sangat mudah?

                  VS
Mana satu korang pilih? Yang atas atau yang dibawah? Untuk memilih cara pemakaian yang betul pun tak perlulah sampai pecah kepala korang untuk memikirkannya. Setiap manusia ALLAH S.W.T telah berikan akal yang waras dan cerdas. Apa gunanya akal itu? Untuk bermain bola jaring? Atau untuk diberi kepada haiwan-haiwan yang sememangnya tidak mempunyai otak? 

Pastinya, korang semua tahu apa gunanya akal itukan? Ya, untuk berfikir... Memikirkan perkara yang memberi kesan yang positif kepada kita. Jadi fikirkan perkara yang baik. Yang boleh dijadikan amalan yang baik sebagai bekalan sebelum kita melangkah ke dunia yang kekal... DUNIA AKHIRAT!!

Jadi.. Untuk memilih pakaian yang menutup aurat, yang disukai ALLAH, yang disenangi masyarakat... Mudah sahaja.. Petik sahaja jari, sudah jumpa.. Tapi kepada sesiapa yang memerlukan panduan, tidak mengapa.... Setiap manusia pasti ada yang khilaf. Begitu juga aku... Walaupun umur aku setahun jagung.. Aku sebagai manusia yang lemah, perlulah memperbaiki diri dari segala yang jahil dan batil. Baiklah, jangan mengarut lagi.. Kita straight to the point... 


Nah.. Korang semua boleh lihat kan?? Betapa mudahnya memakai baju yang dituntut dalam Islam.. Tak perlulah korang nak pergi butik mahal-mahal.. Tempah sana-sini... Pembaziran wang berlaku... Hanya semata-mata nak buat baju muslimah.. Tak perlulah.. Yang penting, baju itu tidak mengikut bentuk tubuh dan longgar, tudung labuh hingga melepasi dada, dan juga perkara-perkara lain yang harus ditutup.. ZDah siap.. tak perlu fancy sangat.. Bukannya ke mana-mana pun.. Setakat pergi ke pasar ke, ke mana-mana yang dekat ke.. Tak sesuai.. Lagipun mengundang banyak mata-mata yang memerhati tidak kurang dengan mulut-mulut becok yang sibuk jaga tepi kain orang.. Sesiapa yang melihat,mengata juga yang memakainya, sama-samalah korang dapat dosa... Astaghfirullahalazim!!!!





Lihat.. Kemudian bandingkan.. Mana satu korang nak? Korang nak maruah, akhlak korang terjaga atau... Nak maruah,akhlak korang digadaikan begitu saja??? Fikirlah sebelum terlewat.. Kalian mampu mengubahnya... Jika pintu hati sudah disinari dengan NUR ALLAH... Janganlah dipersiakan peluang yang ada...Tut tut... Beringatlah sebelum terkena.. Aku hanya sekadar mengingatkan... 











Cubalah bayangkan, suatu hari korang pakai pakaian yang tidak menurut Islam...... Tiba2...




CuacaPartly Cloudy semacam jer... Ok, fine.. Korang tak kisah.. Tiba-tiba, Thunder sabung-menyabung...  Wah, dah nak hujan... Korang dah sedia dengan Umbrella korang.. Teruskan perjalanan.. Dan akhirnya, Thunderstorms jugak.. Tapi, korang still dapat menempuh jugak hujan itu kan? Dan tiba-tiba..Windy 1 kuat sangat... Payung korang dah terbang.. Ribut makin menjadi-jadi... Windy...

Dibuatnya korang diterbangkan dek angin kencang tu ker?? kalau terjunam kena dekat tempat yang selamat.. Alhamdulillah.. Tapi.. Kalau dibuatnya meninggal dunia....sebab terkena benda-benda tajam ke.. apa-apa ke.. Tak ke naya??

Dahlah pakai pakaian macam itu.. Korang meninggal sebelum dapat bertaubat.. A'uzubillahi min zalik... Tak tahulah macam mana.. Berhadapan dengan ALLAH dengan penuh keaiban.. Nak kata aku ni sempurna, taklah.. Tapi sebagai Saudara sesama Islam, tak salah aku mengingatkan saudara seagama dengan aku...  Semua keputusan terserah kepada korang sendiri.. Orang lain tak boleh masuk campur.. Korang dah ada akal.. Pikir-pikirlah sendiri..
Jadi.. Akhir kata...
 
Aku sudahi penulisan aku dengan
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Crickets

Sunday, November 24, 2013

Lagu-Lagu K-Pop!!!


Hai....

Kali ni aku nak post lagulah pulak... Tak salahkan kalu aku post lagu?? Mestilah tak salah...

Okay, Aku nak post lagu-lagu Korea jelah eh... Aku tau korang mesti minat lagu K-Pop kan???
Smiley wink.. Korang enjoy okay....


Lagu Shinee- Everybody



G-Dragon- Crooked


EXO- Wolf

 Big Bang- Fantastic Baby.

Henry feat Taemin- Trap

Shinee- Sherlock.

Okay.. Aku selitkan jugak aksi parody kumpulan Shinee.... Enjoy too!!!

Memang best sangat..

Ok.. tu jer..  jumpa lagi korang... Bye..






Saturday, November 23, 2013

Minggu BUSY!!!


Assalamualaikum...

Ari tu aku dah citer pasal aku dapat pergi ke Kedah kan?? So, kalau aku nak pergi Kedah... Aku kener buat apa? Hah, aku kener prepare dan menambah baikkan aku punya kualiti syarahan aku..

Jadual aku padat sangat dah ni... dengan Hari Anugerahnya... Dengan Hari Kanak-Kanaknya... Dengan pertandingannya... Dahlah aku masuk persembahan.. Kalah artist kau!!! ( Alamak.. jadi mak jemahlah pulokkk)

Memang pening lalat dibuatnya.. hehehe.. Tapi ak per.. Amalkan ini selalu...


  • Tarik nafas dalam2 and lepaskan.
  • Kosongkan fikiran pastu fikir benda yang cantik dan menarik.
  • Berselawat.
  • Bersenam bagi segarkan balik badan-badan kita yg lemah tu.
  • Ambil wudhu'.
  • Take a nap before you start doing your work back... ( Speaking pulak dah... hehehe)Giggling smiley

Nak citer jugak..Blah Blah Blah..

Hari Selasa, aku ngan ustazah aku pegi Seremban... Ukur baju..  Sebab JAKIM sediakan peserta ngan guru pengiring satu helai baju kurung.. WOW!! Girl 2(Sukanya...)


Pastu semalam, aku gi jumpa Che Irni, Orang JPN bahagian Sektor Pendidikan Islam... Berlatih depan dier.. Alhamdulillah.. Dia kata semua bagus... Tinggal aku yang memperbaiki mana2 tempat yang kurang...

Doakan kejayaan aku!!! terima kasih.... Sayang semua!!!

Current Mood - Happy

Ok... Sampai sini dulu en3 aku.. Jumpa lagi...

Wassalamualaikum...
Cinnamon


Monday, October 21, 2013

Cabaran Besar Menantiku!

Assalamualaikum......

Alhamdulillah... dengan izinMu ya Allah... dpt aku update blog hari... sebenarnya ada banyak perkara yg terjadi beberapa hari ni yg memberikan aku banyak pengalaman yg sangat berguna...dan aku melihat akn kasih sayang Allah padaku yg amat banyak.... Terima Kasih Allah.....

Hari tu Syarahan Peringkat Daerah dah lepas, aku masuk pula ke peingkat Negeri dan akhirnya yeayyyyy alhamdulilah aku menjadi JOHAN, dan peserta lelaki dari sklh ku menjadi NAIB JOHAN.... satu pencapaian membanggakan bagi SKDJ.....

Syarahan hari tu bertempat di :-Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa

Macam2 perkara terjadi pada hari tu.... dan ianya memang hari yg amat memenatkan.... dan sedih, duka dan akhirnya BAHAGIA.....
Kronologinya aku citer yer....

Aku bersama, mama, Ustazah2 yg mengiringi dan rakan seperjuanganku...
selepas diumumkan sebagai JOHAN

Ini adalah rakan-rakan pesaingku.... mereka baik... tapi mereka juga telah menjadi
mangsa "kelam-kabut" hari tu di sebabkan INSAN itu....
Anda akan sentiasa dlm ingatan... moga kita akan berjumpa lagi!
  • Aku menjadi peserta ke 7 yg menyampaikan syarahan.... aku sendiri tidak tahu tag no. peserta aku... kerana pihak sklh tak memaklumkan pada ku.... ustazah aku pun tak tahu, tapi kata penganjur mereka dah maklumkan pada pihak sklh..... confiuse..... confiuse.... Jadinya aku main agak2 aje.... peserta ada 10 orang dari 10 daerah.... so tgk semua no dari 1 - 10 dah ada kecuali 7, so akulah peserta no 7 tu... hehehehhe....
  • Aku menyampaikan syarahan aku dengan jayanya..... Pesaing memang hebat2 belaka... namun may the best man win!
  • Tapi memang benar, pesaing2 aku ada dua tiga org yg memang menjadi pencabar aku, namun mereka banyak dh lebih masa, ada yg tergagap.... tapi aku tidak mahu buat ramalan kerana apa2 pun boleh jadi... yg pasti aku dah buat dgn terbaik, 0 mistakes, cuma isi syarahan aje yg terserah kepada para juri.... 
  • Mama dn papa lewat tiba, namun aku tetap bersyukur kerana mereka adalah insan di sebalik kejayaanku ini....
  • Selesai semua peserta membuat persembahan.... semua peserta diminta menunggu di ruang menunggu. Aku menunggu penuh debar dan tawakal.
  • Akhirnya keluargaku sampai...... dan seketika kemudian ada seorang INSAN yg telah membuat hidupku huru hara pada hari itu.......
  • INSAN  itu hanyalah sebagai juruacara majlis sahaja namun sikap dan perbuatannya telah mengharu-birukan semua peserta..... dan akulah orang yg paling HEBAT di"kena"kan olehnya. Namun aku tetap mengucapkan terima kasih kepada INSAN ini kerana telah menjadikan aku cukup terkenal dan popularlah gitu...... kerana sikap dan perbuatananya itu.
  • INSAN ini telah memberitahu kami, hanya tiga DAERAH sahaja yg akan berada di dalam bilik ini dan yg lain boleh berada di luar dan buat hal masing2..... Dengan kata lain 2 peserta di dalam bilik tu adalah pemenang antara no 1 - 3, 1 peserta lagi dari daerah lain tak ada di situ pada ketika itu. Yang peliknya INSAN ni menyebut peserta yg memang tidak ada dalam pertandingan itu.... terus mencari peserta yg tak ada.... confiuse.... confiuse..... Dengan kata lain aku tidak layak untuk mendapat top three! Adussss.... sedihnya hati aku.... perkara yg terbayang di dalam kepalaku hanyalah MAMA..... kerana aku dah berjanji dengan diriku bahawa aku pasti akan memberi tropi kejayaan untuk mama.... memang sedih masa tu..... hanya ALLAH yg tahu....Dan aku adalah di antara peserta yg diminta keluar....
  • Aku mendapatkan mama..... namun ku lihat mama hanya tersenyum..... tapi seperti ada sesuatu yg bermain di mata mama, aku tak pasti.... cuma mama tanya.... dah final ke keputusannya? Tak kan mudah sangat, bgtau macam tu aje..... Aku mengganggukkan kepala. Papa lagi  best relax aje.... tiada kata2! Cuma minta bersabar.....
  • Aku, mama dan ahli keluarga tu tidak berganjak dari luar ruang menunggu.... ustazah ku pun hanya diam tercengang, terkejut pun ada seperti tidak sangka aku peserta yg akan keluar.... dan beberapa ibu-bapa yg lain sibuk tanya ku kenapa aku tidak berada di dalam top three tu... aku hanya senyum aje.... walaupun di dalam hati sedih sangat....
  • Mama tetap kata pasti ada yg silap, aku tak tahu kenapa mama kata macam tu? Tapi kami tetap menunggu.... aku melihat mama berbual dengan ustazah yg menjadi guru pengiring......
  • Entah macam mana mungkin atas doa mama ku tadi dan juga orang2 yg melihat persembahanku pada hari tu.... tiba-tiba KETUA HAKIM muncul dan terus memanggilku, dia menyuruhku masuk di bilik menunggu bersama dua peserta yg lain. Ya ALLAH..... ALLAHU AKBAR.....  aku lihat mama senyum......selepas itu KETUA HAKIM pergi meninggalkan kami..... dan kini aku mampu tersenyum semula dan ku lihat airmata mama bergenang di kolam matanya.... Memang miracle! Namun kegembiraan itu tidak lama...sebaik sahaja mama pergi untuk ke khemah acara.... INSAN tu datang lagi, dia dengan tidak puas hati terus menyuruhku keluar dari bilik tu.... aku jadi bingung.... dengan berat hati aku pergi utk berjumpa mama, tetapi sebelum itu ustazah telah menyapa ku terlebih dahulu. Aku menceritakan semuanya.... ustazah pun confiuse! confiuse!..... Ada beberapa org guru lain menyatakan ketidakpuasan hati mereka.... aku hanya mampu mendengar aje.... aku melangkah berjumpa mama dengan longlai tapi mama seperti dah tahu, ya lah mama kan pasti tahu.... mama tak tanya banyak.... apa-apa pun nnt kita tunggu keputusan akhirnya jadi apa.... begitulah kata mama!
  • Dipendekkan cerita..... mama kata tunggu keputusan akhirnya..... so aku tunggu.... mama pada mulanya agak sedikit kecewa dengan perkara ini, namun akhirnya mama kata dia TAWAKAL..... seandainya aku telah membuat yg terbaik, keadilan berada di sini.... pasti AKU akan diadili secara saksama. Aku pun redho.
  • Hujan turun agak lebat.... mama memberitahu ku apa jua keputusan terima dengan redho.... kerana mama nak menyusukan Khadijah di dalam kereta. So aku tersenyum. Aku melihat rakan seperjuanganku..... Benjamin antara "top three" peserta lelaki... sedih benar hati ku... kerana Benjamin mentertawakan ku tidak berada di dalam "top three", namun aku hanya tersenyum!
  • Semua peserta yg berada di dalam senarai "top three" ditempatkan di suatu tempat di dewan bagi acara mengambil hadiah. Aku hanya mampu melihat.... hati sedih juga.... kenapa bukan aku yg berada di situ????? huhuhuhuhu....
  • Apabila acara pengumuman dimulakan dgn kategori TILAWAH, barulah kategori syarahan diumumkan..... Tempat ke 3 dan ke 2 dah diumum aku hanya mampu memberi tepukan sokongan.... dan apabila tempat pertama diumumkan...... JOHAN adalah dari sklh SKDJ, INTAN BALQIS SHAHIRA..... adussss.... aku yg berada di celah khalayak ramai dengan rasa terkejut macam tak percaya aje..... aku merentas orang ramai utk ke pentas bagi mengambil hadiah kemenangan ku.... ALHAMDULILLAH aku telah berjaya menjadi JOHAN.... hadiah utk mama! 
  • Papa pada ketika itu yg dapat melihat aku mengambil hadiah, disaksikan oleh orang2 ramai yg berada di situ......
  • Seketika kemudian mama hadir selepas menyusukan Khadijah... along dan Keysha menunggu di dalam kereta, kerana hujan masih turun dgn lebat.... Berita kemenangan ku tu membuat mama terus meredah hujan untuk bersama ku.... Terima KASIH MAMA! Kau insan yg sgt istimewa!
  • KINI.... aku telah mampu ketawa.... dan perutku baru terasa lapar kerana masa tu dah pun jam 1:25 ptg...... hehehehehe.....
Moral dari cerita ini......
  • Kalau rezeki tu telah ditentukan untuk kita, walau dibuat macam mana sekali pun, orang nak curi, orang nak musnahkan, orang nak perdajalkan, ianya tetap akan menjadi REZEKI kita....insyaAllah!
  • Yakinlah kalau kita dah buat yg terbaik pasti.... Allah akan dapat MELIHATNYA....
  • Di sebalik kejayaan kita pasti ada insan yg mendokong di belakang kita, iaitu MAMA dan keluargaku
  • Kalau ada orang yg menghuru harakan hidup kita, biarkanlah dia pasti akan ada balasan yg setimpal utk mereka... dlm citer aku ini faham2 aje lah yer.. 
  • Apa2 pun tetap terus bersyukur kepadaNYA......
  • Sahabatku yg berada di dalam senarai "top three" tu hanya seorang sahaja yg dpt tempat ke 3 yg seorang lagi, tak dapat, pasti dia hampa.... tapi entah lah aku sendiri pun tak faham semua ini.Cuma aku berharap sahabatku itu tidak berputus asa... lain kali cuba lagi....
Oh ya.... panjang karangan aku hari ni...lebih 1500 patah perkataan ni... hehehehehe..... InsyaAllah aku akan menjadi wakil NEGERI untuk ke PERINGKAT KEBANGSAAN di KEDAH pada 9 dan 10 November 2013 ini. Doakan semuanya berjalan lancar ye, kawan2..... moga selamat perjalanan kami pergi dan balik!
Inilah rakan seperjuanganku Benjamin.....  tapi dia ni senior aku ler...
usia lebih skit, 1 thn dari aku.... hehehehe
Nota: Buat Benjamin, rakan seperjuanganku.... kau tertawakan aku yer..... kini boleh tak aku tertawakan kau... kerana kau mampu jadi NAIB JOHAN aje,..... opsssss.... no...no....no..... aku tidak akan mentertawakan kau sahabat kerana kau adalah sahabat seperjuanganku yg secara tak langsung telah menyuntik semangat saingku. Tahniah sahabatku..... kau doakan aku juga yer utk peringkat KEBANGSAAN nanti ....

Wednesday, October 09, 2013

Pertandingan Syarahan - Akhirnya!!!!!

Alhamdulillah... Exam UPKK dah selesai, hanya tinggal tunggu result.... Pertandingan Syarahan pun dah selesai... alhamdulillah aku dapat jadi Juara dan melayakkan diriku ini utk ke peringkat negeri 19 Oktober 2013 nanti..... insyaAllah moga diberi kekuatan mengharunginya..... 

Namun Peperiksaan akhir tahun sedang berjalan la ni.... hari jumaat khamis nnt last day... Ini pun satu lagi tanggungjawab berat yg mesti dipikul.... biasanya peperiksaan akhir tahun adalah battle penentuan....  bermakna aku mesti mengekalkan kedudukan No. 1 dalam kelas... adussss berat sungguh. Namun, demi mama aku akan berusaha.... aku mahu mama bangga melihat aku mengambil hadiah kemenangan di malam kecemerlangan nanti seperti tahun2 yg lalu... Ya ALLAH tolong hamba mu ini yer.....

bulan ni adalah bulan yg busy, busy, busy.... namun mama kata kesibukkan akan membuat kita lebih berdisiplin lagi.... thanks mama, mama sering membuat aku berasa tenang dan mudah apabila membuat sesuatu..... kemenangan Pertandingan Syarahan adalah buat mama... kerana mama akan menjadi insan yg sangat busy mendengar, mengedit dan mengkritik aku setiap kali ada pertandingan... heheheehhe....

Terima kasih juga pada guru2....

Bergambar bersama ustazah2 dan Benjamin Irfan

Hadiah Kejayaan
SKDJ - dua2 peserta JOHAN dari sekolah yg sama.
Alhamdulillah. Kami layak ke peringkat seterusnya. DOAkan kejayaan kami yer!


Banner2

Tuesday, August 20, 2013

Kerinduan Di Syawal ini - Awan

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, dah 13 Syawal... masih ada open house lagi ke... Ada kot? Ari tu kat umah aku buat open house, alhamdulillah sanak saudara datang memang ramai....seronok tapi penat ler pulokkkkk.... apa2 pun rayer tahun ni seperti biasa, sambutan simple aje tapi meriah. Rumah pak saudara dan mak saudara, alhamdulillah habis diziarahi... duit rayer banyak tapi tak kira pun, bila dapat terus masuk tabung. Serous uols sampai skrg aku tak tahu berapa duit rayer aku dapat..... kerana dari kecik pun kami adik beradik dah diajar, duit rayer bukan tujuan, so kami tak kisah sangat kot.....

Tapi rayer, tahun ni agak sunyi sikit sbb arwah awan dan tak ada.... kami pergi menziarahi kubur arwah awan dua hari sebelum rayer..... Crying 1 Kami membersihkan serba sedikit kubur arwah awan....

Ketiadaan arwah awan memang amat dirasai... biasanya kami sekeluarga akan ke rumah arwah dulu, setiap tahun pas tu baru ke rumah nenek sebelah papa. Best kalau arwah awan ada.... rendang daging campur pasti menjadi pelengkap setiap rayer, tapi kini telah tiada lagi...... Namun barang yg lepas jangan dikenang kan????

AWAN..... DIRI MU SENTIASA DI DALAM INGATAN KAMI!
Al- Fatihah

Wednesday, July 31, 2013

Open Your Eyes - Maher Zain

Hai...

N3 kali ni tentang lagulah pulak... Lagu ni memang aku minat sangat... Nama lagu ni Open Your Eyes By Maher Zain... Hope you all enjoy........Thumbs up  Terbaekkk!!!!



Lirik Lagu Open Your Eyes.

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us

Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..


Okaylah.... Jumpa di N3 yang lain.... Bye...










Kad Raya Vs Kad Raya Maya

Assalam.....

Hye sahabat..... pose x? Mesti pose.....orang Islam of course pose.... anyway sebelum g sklh update blog jap.... nak citer pasal kad raya yg pertama aku dpt....dari sahabatku...Hebatalla...tq frenz....

Citer pasal kad raya ni, aku suka dapat kad raya berbanding kad raya maya....Kad raya ni ada sentimental valuenya....aku suka simpan and then gantung di rumah. Cantik!

Hebatalla....terima kasih atas kad mu ini....




Friday, July 26, 2013

Kesilapan yg KeRaP kita lakukan dalam bulan RaMaDhan

Assalam.......

Sahabatku sekalain, dalam bulan Ramadhan yg penuh barakah ini, cuba lah sedaya upaya kita untuk mendapatkan pahala puasa yagn banyak. Bulan ini adalan bulan umat manusia. Tetapkanlah sasaran yang perlu dicapai oleh kita sebagai Muslim di bulan Ramadhan ini iaitu taqwa dan keampunan. 

Terpanggil untuk berkongsi artikel ini .....
Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antaranya adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah dan didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Oleh
Zaharuddin  Abd Rahman

Nuzul Al-Quran 1434H

Assalam.....

Dah lama benar tak buat entri.... bz sangat...
Hari ni  dah 17 Ramadhan..... Nuzul Al-Quran... Kalian cuti tak? Sklh aku tak cuti pun.... tp okaylah tu...cuti ke tak semua tu tak penting, yang penting bagaimana kita memperingati Nuzul Al-Quran itu.... Kawan2 tahu apa tu Nuzul Al-Quran?
Nuzul al-Quran suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai 'kitab induk' panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Bukan setakat membaca, bahkan kita harus berusaha menyelidiki rahsia ilmu pengetahuan di dalamnya.

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah Nabi SAW, ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq. maksudnya: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-'Alaq:1-5)

Nabi SAW banyak membaca al-Quran dalam bulan Ramadan. Maknanya Nabi juga belajar secara berguru iaitu dengan Jibril dan umatnya juga dituntut belajar dengan berguru. Nabi Muhammad juga mengulang-ulangi bacaan al-Quran begitu juga dengan para sahabat. Nabi bersabda maksudnya: "Semulia-mulia umatku ialah orang yang menghafaz al-Quran."

Antara faedah membaca al-Quran adalah;
1. Mampu mengusir bisikan syaitan terkutuk;
2. Menjadi penyebab meraih keredaan Allah SWT;
3. Memperoleh pahala yang banyak;
4. Membahagiakan rakan seperjuangan;
5. Menghapus kesalahan dan dosa;
6. Menjadikan wajah (pembaca al-Quran) berseri-seri;
7. Melapangkan hati dan fikiran, menjernihkan sanubari;
8. Melahirkan ketenteraman dalaman antara seorang hamba dengan Allah SWT;
9. Memelihara umur manusia;
10. Merangsang seorang hamba untuk terus melakukan kebaikan dalam hidup yang sementara;
11. Mengembali, menjernihkan hati kepada Allah untuk meningkatkan kualiti hubungan dengan-Nya.

So kawan2.... bacalah AL-Quran walau di mana sekali kita berada. Sekarang dah senang, banyak Al-Quran yg kecil2, boleh disimpan di dalam beg...baca di mana sahaja...tiada alasan lagi!