JellyPages.com

Saturday, July 30, 2011

Bengang.....

assalammualaikum......


Aku tgh bengang ni........bengangnyer pasal aku buat posting bengang....hehehehe...hahahahha...release tension.....Sbnrnya ari ni aku ada latihan caklempong(tajuk memang bengang tapi berkisahkan tentang caklempong... hehehehe) kawan along aku telefon dia bgtau yg kuci bilik muzik hilang...dia mintak kami dtg untuk bukak pintu tu sama....Aku biasanya mmg dtg lambat skit sbb mama aku suruh aku solat dulu pas tu baru g latihan sbb mama kata senang...bila dh buat solat...selesai tanggungjawap so bleh concentrate kat latihan .......dipendekkan citer sampai aje kat sklh, aku ingat team caklempong bz cari kunci yg hilang tu tp diorang ..... rupa-rupanya tengah sibuk makan aiskrim. Hanginnnnnnnn aku satu badan.....Tulah sebabnya aku bengang, nasib baik yg hilangkan kunci tu "kakak" lebih tua dari aku...so ada skit respect ler kat diaorg..................... ( Tak boleh bagitau nama. Ini rahsia ) 

Nasib baik mama aku sporting dia bgtau kat team kami g cari kunci tu sekali lg, pastu kalau tak jumpa jgk sms cikgu dan kemudian balik umah masing2....lebih baik dari merayau2 tak tentu arah...so mama tunggu lah aku...biasanya mama akn antar kami dan kemudian mama balik umah pas ku 4.30 baru mama dtg jemput kami....naib baik mama tunggu....so pas kami cari tak jumpa, kami pun balik.....Aku menonong aje masuk kete. Malas nak melayan. 

So kalau korang pun sama bengang jugak, dengar2ler lagu bengang- Akim ni



Aku bosan dengan cinta mu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku

Aku fikir kau tak searus
Lebih baik ku beralih
Biar kan diriku terus bersendiri

Ku tak fikir engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu

Korus:
Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanya lah bibir berkata yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Kerunsingan diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka

Tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin ku sama dirimu yang sering berdusta

Ulang Korus

Letih hatiku diserang pilu
Letih hatiku teringat janjimu, oooh caramu
Akan ku teruskan hidupku, oh tanpamu

Ulang Korus

Oooooo…..




Nanti aku posting lagilah kalau ada masa ok????? byee.....


Friday, July 29, 2011

Carilah makanan yg HALAL



Beberapa ketika dulu.... aku pernah terbaca dlm akhbar tentang  penemuan kaki katak dlm makanan yg disediakan oleh sebuah restoran kopitiam yang terkenal.
Kejadian seperti itu sepatutnya menjadi ikhtibar pada kita........jgn main makan aje...main redah aje masuk kedai atau restoran....... mama aku kalau g supermarket...punyerlah cerewet...kalau tak ada tanda halal jakim jgn harap dia nk beli...so kami adik beradik mmg telah terdidik kalau membeli mesti tgk logo halal JAKIM........sbb tu kalau ada sambutan hari jadi kat sklh kebanyakan murid2 akn bungkus jajan dn diagih2kan pada kwn2...biasanya aku ambik dan kemudian kat umah baru aku tgk ada tanda halal ke tak....biasanya pun kami tak mkn jajan...Percaya tak? Betul, kami mmg tak mkn jajan....mama tak bagi...kalau coklat ada jgk....mama lebih suka kami mkn biskut ke roti ke....... mcm tak best hidup aku ni kan....hahaha....tp hidup aku berkualiti...insyaallah.
Kat sklh aku kat luar pagar aje...ramai makcik2 lah, aci2 lah, nyonya2lah jual mknan...mcm2 ada...kuar aje pintu pagar, murid2 dah serbu....ntahlah tak tahu aku nk ckp......jgn nmpk aje org jual semua dibeli.....mmg nmpk sedap tp khasiat, kebersihannya mcm ne plak? Fikir2kanlah yer.....
Apa2 pun kwn2... .....mknlah mknan yg halal..... sebagai Umat Islam kita mesti  lebih peka dalam memilih restoran atau gerai makanan. Perkara yang melibatkan hukum halal dan haram tidak boleh dikompromi sama sekali. Sesuai dengan peringatan Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:
Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.’ (Surah Al-Baqarah: Ayat 168)
Ha....fahamilah mksd ayat Al-Quran di atas........ ni bkn aku yg ckp........ Allah swt yg berfirman..... ingat makanan yg kita mkn akn menjadi darah daging kita......
Kawan2 kenal tak logo halal JAKIM?????

Logo Halal yang diiktiraf oleh JAKIM

9 Jenis Syaitan

Di sekolah ustazah ada citer pasal nama2 syaitan ini...bknnyer nk berkenalan dgn syaitan2 ni tp sebagai pengetahuan sahaja....apa2 pun mama aku kata tak berapa pasti akn kebenaran nama2 tu tp yg penting kita wajib mempercayai bahawa syaitan adalah musuh umat manusia berdasarkan petikan ayat al-quran ini.....


“Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.
(Al-Isra’ : Ayat 53)




Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab malam & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (Berikan salam sebelum masuk ke rumah)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Thursday, July 28, 2011

Lawak petang hari....

Citer2 lawak ni aku dpt dr email, tp x tau siapa pengirimnya dh lupa plak...... ada byk dlm simpanan aku tp lum ada time nk C&P.....nnt lah yer...kongsi apa yg ada jer lah....apa2 pun terima kasih kerana sudi berkongsi, x kering gusi aku dibuatnya....kau org plak mcm ne??? Kelakauuuuu x? Tp jgn ketawa kuat2 yer...ganggu jiran sebelah...hehehehehe...juz 4 fun....


Suatu pagi datanglah seorang penjual daging ke sebuah taman di Bandar Klang. "Dagiiiiing! Dagiiiiiiiiiinnngg! !!" jeritnya. Manakala di sebuah rumah, Abu, seorang pekerja kilang baru sahaja habis kerja dan hendak tidor terdengar jeritan si penjual daging yang menyakitkan telinga itu.

Abu: "Hoi Penjual daging! Engko nie takde HATI PERUT ke hah....!!!?? ?"

Penjual daging : "Maaf encik kebetulan hari nie hati, perut sume dah dijual,tinggal daging jer..."
 
*********************************

Pada suatu hari, Sam dan Cikgu katie bertemu muka di kantin. Cikgu katie bertanya pada Sam sama ada dia mampu atau tidak semasa menjawab soalan peperiksaan.
Katie: Sam, bolehkah kamu menjawab soalan bahasa Melayu?
Sam: Kacang aje, cikgu.
katie: Bagaimana pula dengan bahasa Inggeris?
Sam: Kacang aje, cikgu.
Katie:Bagaimana pula dengan mata pelajaran lain, adakah kamu boleh jawab jugak?
Sam: Kacang juga,cikgu.
Katie:Kalau begitu, sudah tentu kamu akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti!
Sam: Insya-Allah cikgu sebab semasa saya menjawab soalan peperiksaan, saya selalu makan kacang...cikgu.
Katie: La...loyar buruk pulak budak ni!
Sam: Aik cikgu....macam mane cikgu tau cita2 saya nak jadi loyar??
Katie: (dengan perasaan marah pergi meninggalkan tempat itu)

*********************************

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,"Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam… kenapa?" Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut… kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah! "Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?" Ketam ketawa, kah..kah..kah. .kah..kih. .kih..kih. .kih..Kuh. .kuh..kuh. .kuh!! Kodok..Kodok. . kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan? " Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?" Ketam kilas,"Kelakar. " "Kelakar ke kurang-ajar? " kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat."kelekuk ! ", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. Ketam kata,"Kodok. . Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.


Bunga Ros

Nak bersajak ler aku plak....

Cantik kn bunga Ros itu....
Mawarlah orang panggil
Roslah org panggil
Namun ianya tetap cantik
mmg cantik ciptaan Allah ini....

Bkn saje cantik, malah berbau harum
Dari jauh lagi dah terhidu kelembutan harumannya
Memandang kelopaknya membuat hati meronta
untuk terus menghidu baunya

Wahai si bunga ros....
Kau mmg cantik...
aku sgt mengkagumi kejadianmu
kerana Allah swt yg menciptaknmu
Kau patut berterima kasih padaNya
wahai si ros yg cantikkkkkkk.....



Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Tak ada kata seindah zikir
Tak ada bulan seindah Ramadhan
Izinkan kedua tangan bersimpuh maaf untuk lisan yg tak terjaga yg terabaikan,
Hati yg selalu berprasangka dan sikap yg pernah menyakitkan
Maaf zahir dan batin
Selamat menunaikan ibadah puasa.


Wednesday, July 27, 2011

Surah Al-Kafirun

Kali ni teringin plak nk buat posting pasal surah yg paling aku suka.....Surah Al-Kafirun....dalam solat fardhu mesti ayat ni yg aku baca......bkn apa ayat ni pertamanya senang diingat dan yg paling penting surah ini mmg memberi makna yg cukup besar...... kalau kita benar2 memahami mksdnyer..... 

BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ
            (1) Katakanlah (Muhammad),"Wahai orang-orang kafir!"

لَا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ
              (2) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,

وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
                     (3) dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah, 

وَلَا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ
       (4) dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, 

وَلَا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
    (5) dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah.

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
                     (6) Untukmu agamamu,dan untukku agamaku. 

Surah ini mengenai sebuah peristiwa ketika beberapa orang kafir berusaha mengadakan dialog dengan Nabi dalam rangka menjatuhkan beliau agar kaum muslim kembali ke kebiasaan lamanya menyembah berhala. Mereka mengusulkan untuk menyembah Allah selama satu tahun, mengikuti ajaran Nabi, dan tahun berikutnya mereka semua, termasuk Nabi dan kaum muslim, menyembah berhala-berhala tradisional mereka. Dengan demikian mereka akan berganti-ganti praktik ibadat sampai salah satu cara terbukti benar pada salah satu pihak. Maka, menurut jalan fikiran kaum kafir, jika ajaran Nabi benar, mereka akan memperoleh keuntungan dari mengikuti ajaran Nabi; tapi, jika praktik kaum kafir benar, maka mereka dan kaum muslim akan mendapat keuntungan dari menyembah berhala-berhala. Surah ini mempakan jawaban dari mereka yang percaya dan beriman kepada mereka yang tidak beriman.

Begitulah kuatnya ayat ini..... seingat akulah, semasa aku berumur 3 thn lagi mama dh suruh aku hafal surah2 lazim...dan bila aku berumur 4 thn aku dh boleh hafal walaupun belum lancar makna terjemahannya........dn yg selalu mama suruh adalah surah Al-Kafirun....mama akn sering mengulang2 tentang cerita surah Al-kafirun ini.....kata mama ini adalah surah yg kita mesti jdkan sebagai senjata bagi mengalahkan dan berdakwah untuk  org2 kafir yg degil....... Mama kata ini adalah ungkapan penegasan iman kita kepada yg Maha Esa....tiada dua mahu pun tiga....Allah SWT tempat kita bergantung harap dan tiada daya kuasa kita melainkan kekuasaan  Allah jua..... Begitulah kata mama yg aku simpan dan ingat dlm fikiran ku yg masih kecil ini....

Kesimpulannya, yang membezakan kita dgn org kafir adalah solat kita dn iman kita kepada Allah SWT....... Jadilah seorang hamba yg taat kepada Allah SWT....dn jgn jadi hamba duit(????) 

Pendakian Ke Bukit Broga Part II

 Slm kwn2 blogger ku sekalian......

Baru sampai...pastu terus daki...x pyh "warm up" pun...dari parking ke kaki bukit pun dh panasssssss...
Kali ini aku nak berkongsi pengalaman tentang pendakian aku ke Bukit Broga untuk kali yg kedua tau..... Jangan main-main....... Kali kedua tu...... Best giler naik masa tu. penat tu memang ada. Tapi,  tak kisahlah penat tu. Terpaksa redah kasi pecahlah...... hahahaha....... Aku pergi awal pagi. so, senanglah kitorang naik . Tak delah panas sangat sampai menggelupur badan.....hehehehehe.......

Baby Keysha mmg  pecah rekod betullll.... dh dua kali naik Bkt Broga ni........

Ini Aku Nak  share Sikit Tips Tentang Alat-Alat Yang Perlu Dibawa


* Perlu bawak lampu suluh ( Itupun kalau korang  pegi daki kul 5: 00 pagi.)

* Pakaian spare ( Kalau korang nak tukar baju terutama kepada kaum lelaki.)

* Pakai baju lengan panjang dan labuh. seluar trek panjang. ( Kalau nak pakai jugak seluar pendek, selamat korang kena lalang. Pastu, miang dan gatal...hahaha...)

* Bawak air mineral lebih. kalau sorang, bawakler dua atau tiga botol air mineral kecil. Jangan bawak besar nanti berat plak beg tu.

* makanan bwklah skit......coklat ke roti ke boleh lah tu...sb kat sana kau org tak akn rasa lapar tp dahaga gilerrrrr....

ni sebelum aku lupa, bila korang masuk, korang kena bayar sebab, dekat situ orang cina yang empunya tanah. so, korang tak leh nyer nak masuk free2 je.




Jadi, kepada sesiapa yang tak pernah daki bukit brooga, dakilah. Tapi, korang kena ingat dekat situ bukit dia byk cabarannya, kalau baru2 nk belajar mendaki tu dakilah Bukit Broga sebelum kau org nk daki bukit yg lebih susah lagi..... Berhati-hati. Banyak cabaran yng menanti tau... hahahha...

Tgklah...ini sebahagian aje cabarannya....byk lg....

Kalau nak rasa betul betul panassssss, pegilah sana. baru rasa feelnyer.....

Daki Bkt Broga dh jd aktvt blnan kami sekeluarga......seronok sgt........jom lah 
AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT......Jom lah mendaki.....

Monday, July 25, 2011

Koleksi Teka-Teki Aku......

assalammualaikum.....


 Kali ni N3 aku tentang teka teki...... Banyak jugak ler yang aku tahu.... kalau korang nak tengok aku punya teka-teki ni, sila kunjung ke blog aku ni....hehehehe.... Aku tak paksa korang nak tengok. Cuma, pleaseee lah jadi aku punya follower. Bagilah tau rakan-rakan korang supaya menjenguk blog aku ni.... ni dia aku punya teka teki :-

 * Dalam empat orang yang aku sebutkan ni siapa yang paling kejam????
   
    Guru ke, Bilal ke, Pembunuh ke, atau jurutera.... Mana satu?????


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~



jawapan : Mestilah bilal. sebab dia paling kejam. Mesti korang ye ye nak tau napa bilal kejam kan??? sebab dia "Paling Ke Jam" kalau nak laungkan azan....hahahahahaha......



* Bila ayam berkokok.... harimau apa....?????

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~


Jawapan : The correct answer is.... harimau siang...... Yelah ayam berkokok, tandanya hari - mau - siang.....hehehehhahahhah...


* satu hari, pemburu pergi berburu. Tiba-tiba, dia ternampak harimau. Dia pun tembak. Lepas tembak dia pegi situ pastu tengok harimau tu tak de kepala.... Apa jawapannya??? Jawab2....

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~


Jawapan :  Dekat Maybank. Sebab harimau punya kepala kan ada kat situ kan .......hahahahehehehehehahahah

Wooooo.... Nanti lah aku sambung lagi teka-teki aku ni lagi. Kalau ada masa, aku N3 lagi.... daaaaa.....


                        Comment Gambar Senyuman

Sunday, July 24, 2011

Macaroni bakar kegemaranku....

Apa khabar??? N3 aku kali ini adalah tentang resipi " Maccaroni Bakar"....... Aku mmg suka makan makaroni bakar ni...mama aku mmg suka buat makaroni...kalau bln puasa lg selalu mama buat...kata mama mudah sgt.....Mendengar nama "makaroni bakar" pasti meleleh air liur korang..... hahahahehehe.... ...... lazat gilerler..... kwn2 bolehlah cuba nnt....


Aku Nak Berkongsi Resipi Ni Dengan Rakan Blogger sekalian


Dsc01325
 Bahan A 
100g ayam cincang ½ bawang besar (potong dadu) 
2 bawang putih (cincang halus) 
3 biji cili padi @3biji cili merah (dicincang halus) - aku guna 1 biji cili merah 
1 ½ sudu besar serbuk kari daging 
1 cawan makaroni 100g cheese (mozarella@cheddar@mix cheese diparut) garam secukup raser... 
Bawang goreng (utk taburan) - aku tak letak pun. 
Sedikit minyak utk menumis 

Bahan B 
(untuk kastad) 3 biji telur  
3 sudu besar tepung gandum 
1 cawan susu segar 

Persediaannya.... 

1. Rebus makaroni hinga agak2 lembut. Angkat dah tos. 
2. Sambil2 tunggu makaroni masak. Panaskan sedikit minyak (jgn banyak sangat minyak) 
3. Tumis bawang besar dan putih... kemudian masukkan serbuk kari..sampai sampai naik minyak..tambahkan air dlm 2 sudu kalau kering. 
4. Masukkan ayam dan gaul sampai masak.. masukkan cili merah/cili padi dan tambah garam secukup rasa. 
5. Masukkan makaroni dan gaul2 bagi rata... 
6. Tuangkan campuran tadi ke dalam casserole kemudian taburkan cheese yg dah diparut atas permukaan rata2. 

*lepas dah siap part makaroni .. buat kastad pula  

1. Bancuh tepung gandum dengan susu hingga rata kemudian masukkan telur dan kacau rata.. 
2. Tapis adunan kastad tuh terus ker adunan makaroni dan daging tadi. 
3. Bakar dgn 180C dlm 30 minit bukak oven .. taburkan bawang goreng kalau tak letak pon tak per... tp kalau ader wangi sket... 
dan sambung bakar dlm 10 minit lagi ..makaroni bakar siap dahhhhhhhhhh...

Saturday, July 23, 2011

Adik-Beradikku!!!

Assalamualaikum....

 apa khabar? ni, aku nak citer serba sedikit tentang adik beradik aku ni. Sebenarnya, adik beradik aku ni ada sembilan. Tapi, malas nak bagitau semua. Jadi, aku bagitau beberapa jelah ek?? Cuba korang fikir berapa adik beradik yg aku nak bagitau....... hehehehe...... Poyonyer soalan aku ni. Mana lah korang tau berapakan? aku nak bagitau kat korang hanya dua jer lah. Sebab kat umah aku ada dua jer. So, aku bagitau dua lah....hahahahehehe....... nama kakak aku yang tersulung dalam ahli keluarga ni adalah ( aku panggil kakak sebab dia anak sulung. Aku ni anak kedua...) Nur Nadiah Natasya...ni gambar dia.


       Ha!!! ni dia gambar kakak aku yang tersayang. Comel tak??? Walaupun hitam manis, tatap menjadi pujaan hati mama dan papa..... hahahahahahaha........ kelakar2... ( sori. Badan aku terselit sikit.)


          Ini dia adikku yang paling kecil dalam keluarga aku ni dan dia juga yang paling tembam, comel, putih, bersih, mata besar dan menawan bila dipandang. Ramai jugaklah yang tanya ni berapa tahun. Ni berapa bulan. Tapi, selalunya orang tanya berapa tahun......hehehehehe....... Bertuah aku. Selama ni, aku inginkan adik kecil. Sekarang, hasrat yang selalu bermain di fikiranku terlerai jua. ( Alamak....macam filem hindustan pulak.... terlebih sudah.) k lah... sampai di sini jerlah n3 aku kali ni... no n3 in my brain yet... C u at another n3!!!! byeeeeee.....

Friday, July 22, 2011

Senyum Itu Sedekah...

Assalammualaikum...
Wahai rakan2 sekalian......n3 aku kali ini tentang " Senyum Itu Sedekah" Ramai di antara kita suka melirikkan senyuman mereka kepada kwn2, ibu bapa, warga emas dan lain-lain. Cuba tanya kenapa kita harus tersenyum??? Hahaha.......poyo betul soalan ku ini....hehehehehe....... senyum itu mmg sedekah, tambahan pula pelajar sklh mcm aku ni mana ada duit nk bersedekah kn...so senyum aje lah boleh aku berikan.... Aku memetik kata2 Rasullullah SAW yang bermaksud

“Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.

Apabila kita tersenyum, semua orang gembira. Yang penting org lain gembira...tp jgn sampai org kata kita ni asyik tersenyum aje mcm org gila ...kes naya aje..... namun perlu diingat mmg lah senyum tu sedekah tp org perempuan jgnlah tak tentu arah senyum kat lelaki....begitu jgk sebaliknya...senyumlah kepada yg sepatutnya...Ini tidak nmpk pakwe handsome dan macho mula ler senyum lebar2 tp bila nmpk makcik2 ke nenek2 ke buat derkkkkk aje..... walau  pun senyum itu sedekah, batas2 agama tetap kita pelihara...Dan ada yang menyatakan senyuman itu pengubat lara nestapa....hahahahaha........

Kat sini aku attached 14 Fakta Tentang Senyum....njoy reading......


1.     Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.
2.     Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
3.     Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.
4.     Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
5.     “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.
6.     Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
7.     Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
8.     Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.
9.   Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
10.   Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
11.   Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
12.   Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.
13.   Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
14.   Senyum seindah suria yang membawa cahaya.
Senyumlah dari hati.
Duniamu berseri.
Senyum umpama titian dalam kehidupan.
Kau tersenyum, ku tersenyum.
Kemesraan menguntum.
Senyum kepada semua.
Senyumanmu amatlah berharga.
Senyum membahagiakan.
DENGAN SENYUMAN, TERJALINLAH IKATAN.