JellyPages.com

Thursday, July 28, 2011

Lawak petang hari....

Citer2 lawak ni aku dpt dr email, tp x tau siapa pengirimnya dh lupa plak...... ada byk dlm simpanan aku tp lum ada time nk C&P.....nnt lah yer...kongsi apa yg ada jer lah....apa2 pun terima kasih kerana sudi berkongsi, x kering gusi aku dibuatnya....kau org plak mcm ne??? Kelakauuuuu x? Tp jgn ketawa kuat2 yer...ganggu jiran sebelah...hehehehehe...juz 4 fun....


Suatu pagi datanglah seorang penjual daging ke sebuah taman di Bandar Klang. "Dagiiiiing! Dagiiiiiiiiiinnngg! !!" jeritnya. Manakala di sebuah rumah, Abu, seorang pekerja kilang baru sahaja habis kerja dan hendak tidor terdengar jeritan si penjual daging yang menyakitkan telinga itu.

Abu: "Hoi Penjual daging! Engko nie takde HATI PERUT ke hah....!!!?? ?"

Penjual daging : "Maaf encik kebetulan hari nie hati, perut sume dah dijual,tinggal daging jer..."
 
*********************************

Pada suatu hari, Sam dan Cikgu katie bertemu muka di kantin. Cikgu katie bertanya pada Sam sama ada dia mampu atau tidak semasa menjawab soalan peperiksaan.
Katie: Sam, bolehkah kamu menjawab soalan bahasa Melayu?
Sam: Kacang aje, cikgu.
katie: Bagaimana pula dengan bahasa Inggeris?
Sam: Kacang aje, cikgu.
Katie:Bagaimana pula dengan mata pelajaran lain, adakah kamu boleh jawab jugak?
Sam: Kacang juga,cikgu.
Katie:Kalau begitu, sudah tentu kamu akan mendapat keputusan yang cemerlang nanti!
Sam: Insya-Allah cikgu sebab semasa saya menjawab soalan peperiksaan, saya selalu makan kacang...cikgu.
Katie: La...loyar buruk pulak budak ni!
Sam: Aik cikgu....macam mane cikgu tau cita2 saya nak jadi loyar??
Katie: (dengan perasaan marah pergi meninggalkan tempat itu)

*********************************

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,"Kenapa kau ketip kuku kaki kau,Ketam… kenapa?" Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut… kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah! "Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?" Ketam ketawa, kah..kah..kah. .kah..kih. .kih..kih. .kih..Kuh. .kuh..kuh. .kuh!! Kodok..Kodok. . kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan? " Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?" Ketam kilas,"Kelakar. " "Kelakar ke kurang-ajar? " kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat."kelekuk ! ", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. Ketam kata,"Kodok. . Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.


No comments:

Post a Comment